nuffnang

Followers

Monday, April 30, 2012

Mana satu pilihan kalbu

EOS 550D Kit II (EF S18-135IS)  - Canon Malaysia - Personal


EOS 550D Kit II (EF S18-135IS)

When it’s the best in class, it’s easy to fascinate the world


The EOS 550D incorporates Canon’s cutting-edge technologies such as a DIGIC 4 image processor, 9-point AF system and a 63 dual zone layer metering sensor found in the EOS 7D for total image control.
  • 18.0 megapixel APS-C size CMOS sensor
  • ISO 100-6400, expandable to 12800
  • Full HD recording in 24, 25 and 30fps
  • HARGA RM 2999.00
______________________________________________________________________________________

EOS 1100D Kit (EF S18-55 IS II) - Canon Malaysia - Personal


EOS 1100D Kit (EF S18-55 IS II)

Steal the limelight with stylish perfection


The EOS 1100D is set to attract more casual users to adopt DSLRs with the availability of four stylish colours. It includes a 2.7-inch, 230,000 dots Wide Angle Viewing TFT LCD monitor, a redesigned control layout that supports one-handed use, Scene Intelligent Auto, Basic+ for enhancing colours and Feature Guide for a quick reference to the features and benefits of the EOS 1100D.
  • 12.2 megapixel APS-C size CMOS sensor
  • ISO 100-3200, expandable to 6400
  • 9-point cross-type AF system
  • HARGA RM 1899.00
___________________________________________________________________________________



Snickers Malaysia Penaja baru Red Warriors



Tan Sri Annuar Musa melalui Facebooknya mengumumkan Kelantan FA bakal menerima penajaan dari Syarikat Coklat Terkemuka Dunia iaitu Snickers dalam masa terdekat.
Snickers yang mengaut keuntungan lebih 2 Billion Dollar setiap tahun akan memberikan 10,000 Snickers percuma kepada penyokong setia Red Warriors yang hadir menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Kelantan menentang Lions pada 4 Mei 2012 ini di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu.
Selain itu, Snickers Malaysia juga memilih pasukan The Red Warriors untuk menjadi wakil pasukan Malaysia dalam kejohanan yang akan diberitahu kelak.

Silap mata



HEHEHE
Apa macam....tersilap tak mata?
Lambat ke tak jumpa........kalau lelaki lambat sikit kot
Perempuan cepat je jumpa godzilla tu

Pembayaran hutang si mati

Soalan

Arwah meninggal dunia 30 tahun yang lalu. sehingga sekarang kami belum memfaraidhkan harta pusaka tinggalan beliau disebabkan masalah kewangan. Adakah berdosa kami?

Jawapan

Sebaik-baiknya pembahagian harta pusaka itu hendaklah disegerakan setelah mengambil kira urusan pengurusan jenazah, hutang-piutang dan wasiat yang pernah di buat oleh si mati semasa hayatnya. Perkara ini penting bagi mengelakkan wang atau harta tersebut disalahgunakan hingga mengabaikan hak-hak anak yatim. Justeru keluarga si mati hendaklah segera merujuk kepada Unit Pembahagian Pesaka Kecil di Pejabat Daerah /Tanah bagi urusan pembahagian pesaka mengikut faraid.

Jadi seelok-eloknya cuba usahakan untuk membayar hutang-piutang si mati secepat mungkin.


Bersih 3.0 - Siapa yang UNTUNG??




ENTAH APALAH AGAKNYA......difikirkan, dicanangkan
Tak ke mana pun ni.....Membazir je, pilihanraya dah dekat
Nak ubah itu je caranya.....Kalau macam ni orang yang 50-50 untuk undi BN akan 100% undi BN
sebab pembangkang nampak macam mengarut je ni
Kan?? Nampak macam nak rosakkan negara seperti kat negara Arab ke?

Pastikan anda mengundi sebaiknya
SELAMAT MENGUNDI ye......Pastikan pilihan anda menang

p/s : aku nak gi shopping pun terbantut....hari ahad pun jalan masih tutup

Bersih 3.0 menarik artis join? Aishah


HEHEHE......Aishah pun join
Terbaiklah

Selamat berjaya ....ye

KL, 30 APRIL 2012: Sabtu lalu, kotaraya Kuala Lumpur dihujani manusia dengan berpakaian berwarna kuning. Ianya gara-gara himpunan Bersih 3.0 yang dikatakan menjadi huru-hara dengan melibatkan pelbagai insiden berdarah.

Shopping baju raya




HAHAHA.....lambat lagi nak raya tapi saya dah shopping baju raya
BOLEH TAK???

Tak tahu nak buat apa semalam.....jadi boleh la ni
Nak shopping SOGO tak dapat

Sunday, April 29, 2012

KL hari Ahad... selepas Bersih





Kecewa tak terkata, apa tidaknya
selepas Bersih 3.0 semalam jalan kat area KL hari ahad ni pun masih ditutup
Nak pergi SOGO pun tak dapat

Area tu waktu pagi dalam pukul 10 am masih tutup
KECEWA betul

JADI.......JOM KE TAMAN TASIK PERDANA
ehheheehe.....itu jelah yang dapat

Friday, April 27, 2012

Tengku Cleopatra Haidar : Linda Jasmine Selamat Melahirkan



Linda disamping suaminya, Que Haidar.

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Que Haidar iaitu Linda Jasmine selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada pukul 1.28 petang, Khamis.
Linda berkata, bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar itu dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna.
"Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Tambah Linda, dia sengaja memilih untuk melahirkan Cleo pada 26 April kerana dua anaknya lain turut dilahirkan pada tanggal 26 hari bulan.
Anak pertama Linda bersama suami terdahulu iaitu Qalif Khan yang kini berusia 12 tahun lahir pada 26 Januari 2000 sementara Tengku Ratu Haidar, 2, yang lahir atas perkongsian hidupnya dengan Que Haidar pula lahir pada 26 Oktober 2009.
Linda pada mulanya dijangka melahirkan Cleo pada awal bulan Mei tetapi mengambil pendekatan untuk mempercepatkan proses itu dengan kaedah perubatan.
Dalam pada itu, ditanya mengenai pemilihan nama anaknya itu, Linda berkata ia dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulungnya, Tengku Ratu Haidar.
Linda memberitahu, walaupun ada beberapa pilihan nama lain tetapi dia dan suaminya sepakat memilih nama tersebut.
"Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita," katanya.
Bercerita lanjut mengenai bayinya, Linda berkata, Cleopatra mempunyai kulit yang lebih putih berbanding dua anaknya yang lain selain mata yang jernih.
Linda memberitahu, wajah anaknya itu lebih mirip kepada wajahnya. Bagaimanapun, Linda enggan mendedahkan wajah anaknya itu buat masa ini.
"Sukar saya gambarkan kegembiraan dengan kelahiran Cleo kerana setiap kali jururawat membawanya masuk perasaan sayu dan gembira bercampur baur. Dia bakal memeriahkan keluarga kami selepas ini," katanya.
Linda dan Que itu berkahwin pada 14 Februari 2009.

Rahsia Pemberian Hadiah dari si dia



Rahsia Pemberian Lelaki kepada Perempuan


JAM TANGAN → Tanda mengingati setiap masa dan waktu,
CINCIN → Tanda ikatan kasih yang abadi,
GELANG → Tanda mesra,
RANTAI LEHER → Ikatan cinta yang perlu perhatian,
SUBANG → Tanda penghargaan dan penghormatan,
KASUT → Sentiasa mengambil berat/prihatin,
PAKAIAN/KAIN → Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu,
PAYUNG → Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi,
MINYAK WANGI → Tanda cinta,
BINGKAI GAMBAR → Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan,
BUKU → Bersifat terbuka dan bertolak ansur,
BUNGA → Tanda perkenalan dan tanda sayang,
COKLAT → Semanis cintamu,
LAGU/CD/KAD UCAPAN → Mengabadikan cinta dan kenangan,
SEJADAH DAN AL-QURAN → Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat,
HANDPHONE → Tandanya kau jangan lari dari ku!! Aku akan mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup),

Tetapi hadiah yang paling di nanti²kan oleh setiap perempuan adalah..

♥ ♥ MASUK MEMINANG dan NIKAHI dia → Tandanya dia serius n betul² ikhlas mencintai kamu.. :))
http://kancil8349.blogspot.com/

Sekitar majlis berinai dan pernikahan Fasha Sandha

Majlis berinai Fasha Sandha
 
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W.. semoga kita tidak akan terpisah jauh dari rahmatNya..
 
fasha sandha

fasha sandha

fasha sandha

fasha sandha

akhirnya, fasha sandha bertudung juga dalam majlis berinainya. Nampak ayu dan manis. biarpun fasha terkenal dengan pelbagai gosip yang sering dilemparkan kepadanya, tapi minat pada lakonannya dan disiplinnya terhadap kerjayanya tidak pernah pudar.

akhirnya..Tahniah Fasha Sandha, semoga bahagia ini akan kekal menjadi milik anda selamanya...

kredit gambar :Facebook Fasha Sandha.

Ben ashaari dan Blog aku


Apa yang sama

Memang tak ada satu pun yang sama
eh...silap, Isteri ben dan isteri saya orang Kelantan kot
HAHAHA.......

Jom join saya pulak.......OK
Happy blogging

Perayaan Di Malaysia - tapi tak cuti

Selamat Hari ibu 13 mei 2012
Selamat Hari Bapa 17 jun 2012

Inilah perayaan² lain di Malaysia bagi tahun 2012 tapi sayangnya
perayaan² ni tak mendapat pengiktirafan cuti umum

Kalau parti pembangkang menang bagi cuti camne??
HAHAHA
Bankrupt la kompeni.......Asyik cuti je memangjang

Wawa Zainal Kini Setanding Lisa Surihani?


Setanding ke??

KUALA LUMPUR, 26 APRIL 2012: Perjalanan kerjaya lakonan pendatang baru, Wawa Zainal atau Nur Hawa Zainal Abidin, 20, semakin cerah selepas dia dilantik untuk menjadi duta baru Lipice menggantikan duta sebelum ini, Lisa Surihani.
Malah, pelakon yang baru sahaja kurang dua tahun mencerburi bidang lakonan, Wawa Zainal berasa hampir tidak percaya dengan kepercayaan yang diberikan untuk dia menjadi duta serta juru cakap untuk produk berkenaan.
"Terus-terang saya sangat teruja serta gembira. Bagaikan tidak percaya pula, saya kini telah menjadi duta kepada jenama yang agak besar seperti Lipice.
"Saya juga sangat bersyukur kerana dapat mengikut langkah pelakon idola saya iaitu Lisa Surihani untuk memegang title yang sama iaitu duta produk ini.
"Saya rasa ini merupakan peluang yang sangat baik buat kerjaya saya sebagai pelakon untuk melangkah jauh serta lebih dikenali sama seperti Lisa Surihani sebelum ini," katanya selepas majlis yang mengumukannya sebagai duta baru Lipice.
Pelakon Bunga-Bunga Cinta itu telah pun mengikat kontrak untuk menjadi duta Lipice selama dua tahun.
Meskipun gembira dengan gelaran duta kepada produk berkenaan, namun dia memberitahu dia tidak mahu dirinya dibandingkan dengan Lisa Surihani yang sudah terkenal dan berjaya dalam bidang lakonan.
"Saya masih terlalu hijau dalam indusrti hiburan ini untuk dibandingkan dengan Lisa yang memang sangat dikenali ramai.
"Saya rasa sangat kerdil untuk dikatakan pengganti seperti Lisa iaitu pelakon yang saya hormati dan sanjungi.
"Saya juga tidak merasakan yang Lisa akan tercabar dengan pemilihan saya sebagai duat baru Lipice kerana dia sudah berada dalam kedudukan yang selesa dalam indusrti ini," jelasnya merendah diri.
Sementara itu, tambah Wawa yang juga anak kelahiran Lahad Datu, Sabah itu, peluang menjadi duta produk tersebut secara tidak langsung membuka laluan yang lebih mudah untuk bertapak dalam industri hiburan.
Dalam perkembangan lain, Wawa Zainal yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran bersama Shaheizy Sam kini sedang menjalani penggambaran filem Pada Suatu Cinta Dahulu.

Thursday, April 26, 2012

Hattan dapat pangkat Datuk


Sekalung Tahniah untuk Datuk Hattan

TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang, (DIMP) dan gelaran Datuk kepada penyanyi Hattan atau nama sebenarnya Mohd Sukri Shahabudin di Balairung Seri Istana Abdu Bakar, Pekan, hari ini. - Foto Halim Mat Ali

Ramai yang tidak suka dan berpuas hati dengan pemberian ini
Tapi saya rasa Hattan wajar mendapatnya
Itulah sebenarnya kan??

Kalau korang tak suka, sudah........Kalau anda yang dapat pangkat datuk tu
saya pun tak suka.....HEHEHEHE...kan??

Tarian Shila Amzah keterlaluan??

Shila Amzah Menari Ghairah? Tidak Ingat Dunia?
Gaya goyang gerudi inul ke......Tak patut, dah la aset tu besar kan.....
Apa salahnya dijaga sikit.........kan??

Tak salah menegur kan??
Saya suka nyanyian dia tapi tarian menunjukkan aset tu....kureng skit la
SEJAK akhir-akhir ini, anak dara penyanyi ND Lala, semakin dihujani kontroversi. Terbaru, tarian ghairahnya dalam konsert rancangan realiti Mania minggu lalu, menjadi perbualan ramai. Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menyifatkan pelantun lagu Patah Seribu ini semakin berani tanpa memikirkan sensitiviti budaya di sini.
Malah aksinya itu turut dikecam dalam sebuah akhbar mingguan.
Tidak mudah melatah dengan kontroversi yang melandanya, buah hati aktor Shanaaz Ahmad, menganggap itu semua sebahagian dari lumrah yang harus dilalui semua selebriti. Menurut Shila Amzah, 20, dengan adanya sokongan kedua orang tuanya, dia tidak akan sesekali mudah menyerah kalah.

 
“Saya tidak terkejut, lagi pun perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua orang tua saya. Bagi mereka perkara itu bukanlah satu masalah yang serius.

“Saya boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan dan saya sudah biasa menari seperti itu. Pada saya ia tidaklah keterlaluan,” katanya yang memilih lagu Kau atau Aku, nyanyian Elyana, dalam konsert Mania yang kelima itu.
Jelas Shila, isu ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana sejak dulu lagi dirinya sudah sebati dengan tarian.
“Ketika menyertai One In A Million dahulu, saya turut menari menerusi lagu Oop! I Did It Again, nyanyian Britney Spears, rasanya tarian saya ketika itu lebih teruk. Tetapi setelah rancangan itu berakhir, mereka bagaikan terlupa mengenainya.

“Kini, saya dikritik gara-gara aksi menari saya di konsert Mania minggu lalu, saya harap perkara ini tidak dipanjangkan. Saya tahu, mungkin ramai yang tidak biasa melihat saya begitu, tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap perjalanan karier saya hari ini,” katanya tenang. 
Ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan dia beraksi sedemikian kerana kecewa dengan Shaanaz, Shila berkata, perkara tersebut tidak benar sama sekali.
“Apa yang saya lakukan telah dibincangkan terlebih dahulu bersama keluarga, jadi apa yang saya lakukan bukanlah sengaja. Malah ia dirancang sepenuhnya bagi konsert itu,” katanya.
Shila turut memohon agar isu ini segera dihentikan. Pinta Shila, hati keluarganya harus dijaga.
“Apa yang mereka katakan boleh menyentuh hati dan perasaan orang tua kami. Saya sedar yang mengkritik ini bukan sahaja mereka yang sukakan saya, malah sebaliknya juga.
“Oleh sebab itu, saya menerima apa sahaja yang dikatakan dan mengambilnya sebagai satu iktibar. Walaupun ia negatif, tetapi saya pandangnya dengan cara positif,” katanya.
Bercerita mengenai persediaannya bagi menghadapi konsert Mania yang seterusnya, Shila berkata, dia bakal berduet bersama Noraniza Idris. .
“Saya memilih beliau kerana kredibilitinya sebagai seorang penyanyi irama Malaysia yang bagus. Apa yang saya lakukan semata-mata untuk mengembangkan karier saya.
 
“Percubaan saya menyanyikan lagu Nirmala, nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, di Anugerah Bintang Popular, baru-baru ini mendapat maklum balas yang baik daripada peminat, jadi tidak salah saya mencubanya menerusi Mania pula.
“Bagaimanapun, saya masih belum membuat keputusan untuk menyanyikan lagu apa,” katanya.(Sinar Harian)

Foto Zarina Anjoulie Dicium Lelaki


Zarina Anjoulie ....Apa dah jadi??
Siapa lelaki bertuah ni

Syok la macam ni.......Tak ingat dosa ke?
Kata orang masa buat maksiat mesti tak ingat....HAHAHA

Betul atau tidak...FIKIR²kan

KL, 26 APRIL 2012: Baru saja kisah pergaduhannya dengan Lufya reda, tiba-tiba pagi semalam Twitter Maklumat mengenai aktres kontroversi dan fotonya yang kini tersebar di laman Twitter miliknya.

Tutorial Facebook berwarna

Facebook Themes

Tutorial macamana kita nak jadikan Facebook kita berwarna dan sedap mata memandang :)

Hari² kalau kita online Facebook, macam ni je profil yang kita selalu lihat kan..?




Tetapi setelah kita transformkan dia akan jadi macam ni :


Diperingatkan !! Tutorial ini hanya menjadi
bila anda mengguna kan Google Chrome sahaja.
Site yang lain mungkin tidak menjadi :)

Jadi macamana, rasa-2 berminat tak nak buat? 
Kalau iya jom kita start tutorial :)

1. Pergi ke website ini .
2. Nanti akan keluar macam kat bawah ni kan? Click Facebook Themes .

3. Lepas tu dia akan keluar banyak background kan? Korang klik dan pilih background mana yang menjadi pilihan hati korang. Macam saya, saya pilih background Dark Shiny Pink Static :) Ce check it out tengok kat bawah ni.


4. Selepas itu terus saja tekan Stylish ! Lihat seperti yang tertera di bawah ni .



5. Then tekan + Install with Stylish .


6. Selepas itu tekan Add To Chrome .

7. Nanti dia akan keluar macam ni, kan? Terus saja tekan Add .



Tunggu sampai dia habis download ....
Then, you are done !!

So macamana, menjadi tak?
Dah menjadi jangan lupa
inform dekat saya yep ..
Selamat mencuba !! ^^

Rajinnya dan tekun


Bayangkan....kerja tanpa mengira masa
HEHEHE

Orang panggil pun sampai tak dengar ni
Kawan² dah nak pukul 12 ni....makan dulu
HEHEHE

Kerja, kerjalah.....makan jangan lupa

Selamat Hari Ibu 2012

Bila ???
Selamat Hari Ibu 2012
13 Mei 2012

In advance ye........HEHEHE






Decoration dah siap

Buat Pokok kelapa dari belon
Siapa kata susah.....sekali belajar je dah pandai buat

Dalam 1 jam dapat siapkan 4 pokok....

TERBAIK......

cara² :
1. Isikan 2 biji belon dengan air untuk base/tapak dan ikat
2. Aturkan belon² menegak dengan mengikat ke atas : belon perlulah ditiup mengikut saiz besar dan mengecil ke atas
3. Bahagian atas sekali letak belon panjang² sebagai daun
4. Siap 

LAYAN GAMBAR







 

Wednesday, April 25, 2012

Townhall Event

Adoiii...
Penat betul membuat decoration untuk TOWN HALL
Dah tak reti nak buat, pakai hentam kromok je
Nak cuba buat yang terbaik
Bertemakan HAWAII

Nak buat ni lah....


Harap² menjadi

Jom jadi TOP PENGOMEN saya

Jadikan backlink anda sentiasa di laman-ayahsu
Apa lagi....kasi komen selalu dan singgah²

Pengomen TERBAIK

Inilah TOP 5 pengomen blog saya
Bila pula giliran anda??