nuffnang

Followers

Wednesday, February 29, 2012

Pelukis Karikatur Nabi Muhammad Mati Terbakar!


Pelukis Karikatur Nabi Muhammad Mati Terbakar!



Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang dari mana entah, membakar lelaki ini. Allahuakbar!

Sekadar kongsi cerita.......Betul ke tak tahu la saya
tengok je kat http://www.sinarraudah.com/2012/02/pelukis-karikatur-nabi-muhammad-mati.html

Fertigasi ... Teringat tanaman cili ayahanda di Kampung

Teknik fertigasi yang mudah dan menjimatkan
Teringat terus kampung dan ayahanda

Katanya menjadi tanaman cilinya yang hampir 4000 pokok
ALHAMDULILLAH kalau macam tu
Insyaallah nanti saya balik tengok ye
Kata adik saya terbanyak dalam 170 kg pernah terkutip sehari
Alhamdulillah

Tumpang gembira untuk ayahanda yang berjaya

Penanaman kaedah Fertigasi

Penanaman kaedah Fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan. kaedah tanaman ini adalah yang terbaik dan berdaya maju.Pengurusan  yang cekap merupakan aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup sebelum memulakan langkah menanam secara fertigasi.


Kelebihan Sistem Fertigasi:
  • Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
    Mengatasi masalah bawaan tanah   
    Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik
    Penggunaan baja yang cekap dan jimat
    Mengurangkan penggunaan racun
    Modal pusingan yang rendah
    Meningkatkan hasil pengeluaran  
    Masalah merumpai sangat rendah     
Proses Tanaman Cili

1.MenyediakanAnak Benih Semaian
- Gunakan dulang semaian polistrin
- Basahkan cocopeat
- Isi cocopeat ke dalam dulang tanaman
- Kambus semua biji benih
- Memeram biji benih yang disemai
- Pindahkan Anak benih ke takung yang besar
- Siram dan beri baja mengikut keperluan


2. Menyediakan Medium
Medium tanaman diisi ke dalam polibag berukuran 16″x16″ dan disusun ke ladang pada jarak 2′x3′. Contoh bahan medium digunakan ialah cocopeat, sekam, pasir, gambut, pumice, vermiculite, pearlite dan Iain-lain.

3.Penanaman
Anak benih yang matang berumur 20-30 hari dipindahkan ke dalam polibag. Hanya anak benih yang bermutu tinggi dan bebas daripada penyakit sahaja digunakan.

4. Pengairan
- Pengurusan mengenai air penting, kegunaan air dapat dioptimumkan.
- Kaedah pengairan semakin maju.
- Bagi tanaman fertigasi cili, tomato dan melon kaedah pengairan
mikro adalah paling sesuai.
- Pengairan ini merupakan kaedah pemberian air kepada tanaman
dengan tempoh yang lebih kerap dengan kadar/ isipadu menghampiri
kadar penggunaan tanaman tersebut.

5. Pemerhatian Tanaman
- Memeriksa setiap pokok.
- Pastikan air drip berfungsi.
- Melilit dan mengikat pokok pada tali.
- Membuang mata tunas.
- Memantau serangan perosak dan penyakit.
- Penyemburan racun perosak.
- Pastikan jenis serangga dan pilih racun yang disyorkan.

Pembajaan

1. Nutrien Mikro
- Boron (B)
- Kopper (Cu)
- Ferum (Fe)
- Manganese (Mm
- Molybdenum (Mo)
- Zink (Zn)


2. Nutrien Makro
- Nitrogen (N)
- Fosforus (P)
- Kalium (K)
- Magnesium (Mg)
- Kalsium (Ca)
- Sulfur (S)


“Pertanian adalah Perniagaan”

Follower 888 review



JOM SERBU DAN FOLLOW

Semoga kami akan menjadi kawan
Insyaallah

Tuesday, February 28, 2012

Jawapan kepada Kelantan Negeri Termiskin

Negeri miskin seperti Kelantan cuma ada 4 cawangan Mydin. Satu gedung wholesale Hypermarket di Kubang Kerian, Kemudian dua buah di dalam bandar kota Bharu iaitu Wholesale Emporium dan satu lagi wholesale textile. Cawangan seterusnya di kawasan bebas cukai Rantau Panjang. Tak dapatlah nak bandingkan jumlah yang lebih banyak di negeri-negeri lain. Pengunjung-pengunjungnya dari pukul 8 pagi sampai 10 malam tak pernah putus. Mereka bukan window shopping. Mereka beli barang. Kebanyakannya penuh satu atau dua troli dan selalunya bayar secara cash.

Negeri Kelantan yang dikatakan miskin ini cuma ada 13 cawangan KFC (Kentucky Fried Chicken). Ya hanya tiga belas  cawangan  sahaja  termasuk  di Gua Musang. Jika nak dibandingkan dengan negeri-negeri lain memanglah kalah jumlah ini. Tetapi pelik jugak kan, dari kawasan hilir sehingga ke hulu Kelantan ada KFC. Ish..ish..ish … Orang kampung ataupun orang bandar pun makan KFC ya. Tetapi hakikatnya berapa jumlah KFC di Kelantan atau di tempat lain bukan pengukur kekayaan ataupun kemiskinan. Setuju atau tidak?

Sebab termiskin jugalah hanya ada satu sahaja outlet Tutti Frutti di Kota Bharu iaitu corner lot di deretan kedai berhampiran dengan Taman Tg Anis. Agak-agaknya lepas-lepas beriadah, main ayun dengan anak-anak, orang Kelantan yang miskin ni bawa anak mereka pergi rasa semangkuk dua tutti frutti. Macam dulu-dulu lah, lepas main ‘de-cok’ ataupun letih ‘berambat’ kita pergi pekena ABC semangkuk. Mungkin boleh rujuk keuntungan dan bandingkan keuntungan dan service tutti frutti di Kelantan dan lain-lain negeri. Mungkin kita boleh dapat sesuatu yang mengejutkan? Al-maklumlah negeri termiskin manalah mampu rakyatnya nak makan semangkuk tutti frutti ini. Kan lebih baik beli nasik atau kuih? Selidik dulu baru kita akan sama-sama tahu nanti.

Begitulah juga memang sedikit sahaja jumlah restoren makanan segera McDonald di negeri ini. Ya, hanya ada tiga sahaja McDonald di Kelantan dan ke semuanya terletak dalam bandar Kota Bharu. Cumanya yang menghairankan bagaimana dan mengapakah salah satunya terletak di Wakaf Che Yeh. Wakaf Che Yeh bukan bandar. Wakaf Che Yeh juga bukan ibu kota. Ia cuma terletak di kawasan ‘wakaf’ sahaja yang asalnya tempat pasar tani dan pasar borong. Bagi orang-orang Kelantan mereka tahu apa ertinya Wakaf ini.
Agaknya mengapakah sebuah francais restoren fast food terkemuka dunia ambilkira sebelum membuka restoren ini di Wakaf Che Yeh dan lain-lain tempat di negeri yang miskin ini.

Negeri Kelantan ini hanya ada beribu-ribu kedai makan dan kopi sahaja di setiap jajahan negeri. Nasib baik hidup kedai-kedai ini sebab ada pelanggan setia dan pelancong yang sudi singgah sekali-sekala. Tetapi kita tidak nafi ada yang gulung tikar. Pelik bukan? Walaupun tengah-tengah gawat dan barang naik, asyik ada pertambahan restoren saja di negeri ini. Kopitiam tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kedai merpati pula tetap utuh macam biasa. (kedai merpati – istilah merujuk kepada kedai kopi/nasik etc. – bukan jual burung merpati. Panjang kalau nak dijelaskan di sini)

Oh ya, miskinnya rakyat Kelantan boleh dilihat dari kedai-kedai nasik berlauk di pagi hari. Ambil satu saja contoh kedai di Paloh Pintu Geng ataupun di Batu 2 jalan Kuala Krai. Tak kurang 500 -800 sahaja nasik yang terjual oleh kedai yang buruk dan nasiknya tak boleh jual mahal-mahal sekitar 2.00-2.50 sahaja sebungkus sebab orang Kelantan kan miskin. Ini cuma pendapatan sehari penjual nasik atau kedai kopi. Kesiankan pendapatan sehari penjual nasik belauk ni cuma dalam 1000-2000 sahaja sehari. Apabila jam 10 atau 11 pagi mereka sudah terpaksa tutup kedai. Kesian sungguh.

Kalau peniaga-peniaga wanita Kelantan pula, mereka tak reti nok ‘nyepe’ duit bila dapat hasil niaga. Mereka selalu sahaja pergi kedai emas dan beli barang mas. Tak percaya tengok gelang-gelang yang mereka pakai. Mula-mula seurat sahaja tali tangan emas yang mereka pakai. Lepas-lepas itu nampak bertambah 5-6 urat cukup setahun. Memanglah mereka ini, asyik perhabiskan duit beli emas sahaja. Beli yang mahal dan juga yang murah-murah. Tapi Chemek tidak pasti harga cincin, gelang, tali rantai yang mereka pakai itu ada atau tidak yang mencecah puluhan juta harganya.

Penyakit beli emas ini bukan hanya di kalangan peniaga wanita malah di kalangan pekerja-pekerja pejabat, kakitangan kerajaan atau bukan kerajaan malah suri-suri rumah. Sudahlah harga emas tak pernah turun. Makin hari makin naik. Makin hari makin naik. Kenapalah mereka ini asyik beli emas-emas itu? Bukankah rakyat Kelantan ini miskin.

Bulan puasa pun biasa sahaja di Kelantan. Orang berniaga cuma lebihlah dari bulan-bulan yang sekala. Kedai ayam percik mungkin dapat jual 200-400 ekor ayam percik sahaja sehari. Kalau lebih dari itu adalah 4-5 tempat ayam percik yang exceptional dapat jual lebih banyak ratus lagi dari yang lain. Satu perangan (perange) hanya terjual RM10-12 sahaja. Jadi income sehari tak byk mana. Kira-kira pendapatan sebulan penjual ayam percik ini biasa-biasa sahaja untuk banding dengan pemilik restoren atau kedai-kedai yang hebat di luar Kelantan.

Pelik juga jika kita perhati betul-betul. Masuk sahaja Bulan Ramadan, tiba-tiba sahaja ramai orang miskin di Kelantan ini. Ada yang bukan asal dari negeri Kelantan pun. Tapi bulan Ramadan memang menjadi lokasi ‘percutian’ mereka. Menginap di rumah tumpangan ataupun masjid, mereka muncul di negeri ini setahun sekali. Kalau pihak media nak fokus berita, pergi sahaja Masjid Muhammadi dan buat khemah di situ dari awal Ramadan sehingga akhir bulan. Tapi janganlah ambil gambar atau video separuh-separuh. Ataupun buat liputan separuh jalan. Tak aci lah kalau begitu.

Ikut orang-orang miskin ini menagih simpati ke satu rumah sehingga rumah yang lain. Tanya mereka berapa puluh rumah mereka pergi sehari. Tanya berapa mereka dapat setiap hari di bulan Ramadan. Tanya mereka berapa kilo gula dan berapa gantang beras mereka dapat setiap hari di bulan Ramadan. Tanya jugak berapa banyak rumah yang mereka ulang pergi sampai 2-3 sepanjang bulan yang mulia itu dan berapa ramai orang Kelantan yang tidak membiarkan mereka pulang dengan tangan kosong pada hari itu. Tunggu dan lihat di akhir-akhir Ramadan, apabila orang-orang ‘miskin’ yang cari mereka yang ‘lebih miskin ini’ di hadapan masjid-masjid di Kelantan dan kampung-kampung terutamanya sehari dua menjelang hari raya. Tentu anda akan terpegun dengan kuasa memberi di kalangan ‘orang-orang miskin’ ini.

Tak payah tambah-tambah cerita jugak apabila anok-anok Kelate di perantauan balik untuk berhari raya. ‘Jam’ penuh jalan sebelum masuk negeri Kelantan. Tak cukup satu line jalan jadi dua tiga line. Semua nak balik. Samada ikut jalan biasa ataupun jalan lama. Yang ikut jalan lama kuatkan iman dan pasang lampu tinggi-tinggi. Nak buang air pun tahan sebab jalan gelap dan sunyi. Berbonggol-bonggol. Nasib baik ada kumpulan-kumpulan lembu yang menunggu sepanjang jalan. Adalah juga makhluk Allah buat peneman di tepi-tepi jalan.

Tak masuk tiket bas dan keretapi mula dan habis dijual sebelum bulan puasa lagi. Tak usah kira jumlah gerabak tambahan dan jumlah bas tambahan yang masuk dan keluar kosong. Agak-agak kalau ada bot, kapal layar untuk balik ke negeri termiskin ini, mesti penuh dengan rakyat Kelantan.
Apakah ini petanda Kelantan tiada peluang pekerjaan apabila anak Kelantan bekerja di luar negeri Kelahiran mereka? Sebab memang sungguh pun ramai anak Kelantan bekerja di luar Kelantan. Apa agaknya jawapan orang negeri lain contohnya kita tanya orang Selangor, Sabah, Johor, Perak, Negeri sembilan ataupun Kuala Lumpur yang bekerja di Kelantan, ‘dekat negeri awak tak ada peluang kerja kah sampai kena datang berkhidmat di Kelantan? Atau kita tanya orang Johor yang kerja di KL dan perak. Orang Perlis yang kerja di Penang. Orang Pekan yang pergi kerja di Putrajaya. Mesti mereka akan kata, sudah tertulis rezekinya berada di negeri-negeri itu.

Apabila sembahyang dua hari raya, nampak sangat makin miskin negeri Kelantan ini. Masjid-masjid sempit dan ruang tak cukup nak menampung ahli qaryah yang ramai. Air-cond dan kipas yang sedia ada sudah tidak memadai untuk memberi kenyamanan kepada jemaah yang solat. Walaupun sudah beberapa kali masjid ataupun surau yang sedia ada dibesarkan dan di-renovate. Masih juga tidak cukup ruang. Dengan hanya bertikar, berbumbungkan langit dan berkipaskan kertas, mereka terpaksa solat walaupun matahari sedang memancar ataupun hujan turun renyai-renyai. Sayup-sayup sahaja kedengaran suara imam ataupun pemimpin negeri membaca doa dan pujian-pujian kepada Hanya Allah Yang Maha Kaya.
Ya Allah, jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama
Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan
Beberapa tambahan
1) Pengasas Mydin merupakan orang Kelantan. Dengan perkembangan yang amat bagus, pasaraya dan emporium Mydin telah dibuka di banyak tempat di Kelantan dan negeri lain di mana ia membuka peluang pekerjaan dan keuntungan kepada banyak pihak – termasuklah mereka yang berada di luar Kelantan.

2) Tutti Frutti Kota Bharu – sewaktu mula-mula dibuka tahun lepas hanya mendapat keuntungan RM3,000 SEHARI pada hari Jumaat dan Sabtu. (laporan Bernama)

3) Satu ekor ayam boleh buat dua ‘perange’ aye percik. Mari kita hitung pendapatan sebulan ‘Bulan Ramadan’ penjual aye percik.

4) Mari kita ‘congok’ jugok pendapatan jual nasik belauk sehari dan sebulan, pastu total pendapatan setahun.
p.s: Sebab ‘miskin’ lah rakyat Kelantan tahu betapa bernilainya satu pangkah dan sehingga kini mereka masih mempertahankannya.

Tak lunch ?? Boss belanja

Hujung bulan dah ni
Numbers dan Targets sangat kurang baik
Jadi tak boleh keluar lunch dan kena stayback

KESIAN but LUNCH PROVIDED
semalam belanja makan SUBWAY
Hari ni 
 

Terima kasih daun keladi....
Tapi saya nak makan NASI

TAK CUKUP KE??? Kawan saya KIMI tak dapat makan

Pageview Laman-ayahsu

HEHEHE
tak banyak pun tapi cukup menggembirakan bagi blogger setahun jagung macam saya

Kalau blogger popular, sejam dah 10,000 pageviews tapi saya
sebulan pun belum tentu.....HAHAHA

Orang kata sikit² lama² jadi bukit
jadi kena usaha, lagipun sekadar untuk suka² dan bukannya mengaut keuntungan
sekadar menghilangkan rasa bosan dan mengantuk di hari² saya

JOM BLOGWALKING

Diet Food with ZARA






Yummy.....Diet food pun seronok juga
Boleh jaga kesihatan dan meggiurkan

Bukan apa, buah² ni bagus sebenarnya
banyak vitamin dan serat
Kurang karbohidrat dan protein dan lemak

Yang penting anak² pun suka
Tapi yang patut makan ni mak dan ayah dia
HAHAHA

Hadis Pendek : Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya

Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya

Hadith : 

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya; ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenaranya; oleh itu sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."
 
Ibn Mas'ud r.a

 

Huraian
i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.
Ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.
Iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, surah an-Nas.
Iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, February 27, 2012

Hadis Pendek : Allah Tidak Pernah Penat

Allah Tidak Pernah Penat

Hadith : 

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”
 
(al-Bukhari) 

 

Huraian
Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan kepada umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan. Tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar umat Islam juga turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka termasuk hal-hal ibadat. Ini bersesuaian dengan maksud firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah 185 yang berbunyi : “Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran…“ Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan seseorang individu hingga menjadi satu bid’ah manakala terlalu meringankannya pula akan menjerumuskan kepada meninggalkan terus ibadah tersebut. Yakinlah dengan ganjaran dan janji Allah yang tidak pernah memungkiri janji-Nya. 

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Fasha Sandha pun Nak Kahwin ?

Ada dengar² cerita selepas Lisa Surihani dan Ana Rafali menamatkan zaman dara sunti
Tup tup keluar cerita si Fasha pula nak kahwin

Yeke?? Entahlah....dah banyak kali ni


Apa pun sebagai manusia kita boleh mendoakan yang terbaik untuk Fasha

Tak nak buat GRAND macam Lisa ke?
Baru betul


Erykah Badu - Tatu menghina Islam ? Tersiar dalam The Star

 

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.

“Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?” demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.

Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.

sumber : harakahdaily
Kalau dah tahu kenapa dibiarkan??
Nak untung dunia?
FIKIR²KAN

Follower dah 888


Follower dah 888
tapi
BELUM CUKUP BAGUS

terima kasih kepada rakan² blogger yang sudi jadi kawan saya
NICE KNOWING YOU


Beg Baru Arissa




Budak² sekarang
BEG SEKOLAH pun dah moden...siap ada tayar
Tarik je....tapi harga pun moden jugak
HEHEHE

Ini beg baru Arissa, beg beli awal tahun dah koyak
Terpaksalah beli beg baru

RAJIN² BELAJAR YE
anakku......

Warna warni kehidupan di pejabat

Warna warni kehidupan di pejabat

1 -Ada lelaki
& ada wanita
2 - Ada yang pura2 rajin
& ada yang bersantai
3 - Ada yang pengampu
& ada yang pak turut 

4 - Ada yang main facebook & ade yg tidooqqqhe,he,he,he,he..paham2 la ye...


5 - Ada yang suka marah2 & yang stress


6 - Ada yang suka gosip& yang suka jalan2


7 - Ada yang suka merosakkan harta pejabat& ada yang suka ulang alik ambil minum


8 - Ada pujian& makian

9 - Ada yang ceria& yang boring
 -Tapi katanya "We're a team"
-So be fun
, enjoy your time, your work& achieve the best


APA PUN JUA PERBUATAN,

INGAT, KERJA ITU SATU IBADAH,
ASAL JANGAN MEROSAKKAN PERIUK NASI ORANG LAIN DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. SELAMAT BERTUGAS.

Sunday, February 26, 2012

BMW E-Scooter

BMW E-Scooter


The e-Scooter designed by BMW, stands out for its innovative design, it has no mirrors, and is equipped with two cameras by the rear lights that tell the rider about what goes on in the back, through information available on two LCD screens.



The BMW e-scooter has a range of 60 miles and a performance equivalent to a convencional motor scooter of 400-500cc. The scooter can be charged in less than 3 hours through a conventional socket.



Saturday, February 25, 2012

ROTIKAYA.COM kena saman ?

SUMBER : BHARIAN

KUALA LUMPUR: Bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades akan mengambil tindakan saman terhadap pengendali blog hiburan Rotikaya.com kerana menerbitkan artikel yang dianggap memfitnahnya. 
Katanya, artikel bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun secara jelas merujuk kepada dirinya.
Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan.
Wan berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan. 
“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.
Beliau memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya. 
“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya. Wan turut membuat laporan di Balai Polis Ukay Perdana pada hari sama selepas membaca artikel berunsur fitnah diterbitkan dalam blog berkenaan.
 
ALAMAK
Macam mana ni?? Jadi awaslah Blogger ye
Awas kata² anda dan janganlah terlebih²
 
Jadikan ini pengajaran
 

Semoga Allah Merahmati Allahyarham adik Faris


Email saya terima dari syarikat kami
Tiba² hati terasa sebak kembali


Dear Colleagues,

We regret to inform you that our colleague Ismail’s son, Faris, passed away.

We offer our deepest condolences to Ismail and his family. Our thoughts are with them in this time of grief.

We would like to thank everyone for contributing generously towards this cause. The donations amounted to RM20,200. Though Ismail has suffered a tremendous loss, he can take comfort in knowing that he has the support of his colleagues.

Corporate Affairs
GSSC Malaysia

BUKANLAH DUIT YANG MENJADI UKURAN
TAPI KEPERITAN DAN DUGAAN YANG DITERIMA

YA ALLAH KUATKANLAH
SEMANGAT KEDUA IBU BAPA MENGHADAPI DUGAANMU INI

Salam takziah dari kami untuk En. Shamrulismawi sekeluarga

Lawak Sial


Kesian kat kita
HEHEHE

Beruk pun beruklah
Yang penting orang yang hasilkan gambar ni lagi B***K
Jangan mare ye!!

Friday, February 24, 2012

Perkahwinan Ana Rafali


Perkahwinan Ana Rafali bakal berlangsung esok
Lepas satu, satu artis melangsungkan perkahwinan

Alhamdulillah

SELAMAT PENGANTIN BARU

semoga kekal ke anak cucu

TAHNIAH

11 April Cuti UMUM

Alhamdulillah
Cuti umum diumum sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agong
Sultan Kedah
Yang Di Pertuan Agong yang ke 14


Menjunjung Kasih


SULTAN KEDAH SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14 | DAULAT TUANKU! | Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 


Sultan Kelantan Sultan Muhammad V pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama


Daulat Tuanku

Naruto 575


Apa lagi......Membaca komiklah macam biasa
Seronok sambil kerja dan menghilangkan kebosanan kerja

Jom layan 575 NARUTO

Naruto 575 - Page 1

Kalau nak berniaga pun....jangan sampai macam ni



Memang MELAMPAU
kalau nak sangat buatlah secara elok²
BUKAN INI CARANYA

mungkin belum terkena kepada kamu sendiri
lagipun tak semua orang mampu untuk mendapatkan insuran untuk anak²
kalau anak ada 4-5 lagilah
Bandar KL ni banyak lagi dugaannya

Mujur si PELAKU cepat merasakan keselahannya dam minta maaf

CASE CLOSED

Lepas Lisa ..... Ana Rafali pulak

Hari kerja kahwin artis ni
Lepas Lisa Surihani......Giliran Ana Rafali pula
Sederhana tapi meriah katanya


SELAMAT PENGANTIN BARU