nuffnang

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Jadual penuh Liga Super Kelantan




Majulah sukan untuk negara

Dinner 2012


Dinner datang lagi
Malasnya nak pergi.....mesti habis tengah malam
Pastu nak balik jauh pulak....hehehe

Dah banyak kali skip dinner ni
Rasa macam nak join je
TEMA macam ni....nak pakai ape ye??

Zara demam



Aduhai...Kesian betul

Monday, January 30, 2012

Lirik Lagu Al-Fatihah Untuk Ayah – Halim Yazid

Lirik Lagu Al-Fatihah Untuk Ayah – Halim Yazid

Selamat jale ayah ku tercinta
Menuju ale tepak asanyo kito
Semogo tuhe bui rahmat cahayo
Ayoh ku saye menuju ke ale bako

Perginyo ayoh pado satu dinihari
Putuhlah sudoh tali ayoh denga duniowi
Cumo hadioh anok mu bulih bui
Al-fatihah buat terakhir kali

Pergilah duhai ayah ku
Lepaslah tange anak mu
Yakinlah jange keliru
Kalimah kito hok dulu

Ayah pero kami nga tok rajin beraso bose
Sejak tapok kaki kami sebesa daun kelenge
Ke bukit tinggi ayoh tido di hute cere
Kerano nok bui sesuak kami make
Tapi sekare jauh sudoh lah ayoh pergi
Kami pun pehe ayoh tokke balik doh lagi
Tingga lah pese wasiat hok ayoh bui
Anok ku saye panda-pandalah jago dirri

Ku ucap terimo kasih
Budi jaso ikhlas mu
Allah sajolah yang bulih
Membalas segala itu

Kami menante bungo di kubo ayoh
Tando menene jadi satu sejaroh
Sore pejue dari keluargo ore susoh
Inilah binte kebesare dari Allah
Harapnyo dulu takdok pingat datuk tan sri
Hasratnya satu membela keluarga sendiri
Bagi anakmu itu lebih bererti
Buat menuju hasrat rabbul izati

Lirik lagu Juara AJL26

Lirik Awan Nano – Hafiz AF7

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lirik Lagu Beribu Sesalan – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku

Lirik Karma – Faizal Tahir

Seumur hidup memang tak mungkin
Untuk aku terus bersamamu
Seumur hidup hanya untukmu
Menyakitkan memuaskan dirimu

Chorus
Halalkan segala makan dan minumku
Cari aku kira kau masih berani
Berdepan realiti
Hey hey jangan kau sentuh
Aku bukan boneka
Kamulah kamu
Aku bukan boneka
Kelak kau tahu
Lewat harimu

Lima tahun dalam kegelapan
Hari ini kau bebas berjalan
Lima tahun dalam kebenaran
Hari ini hari kamu dan aku

Ulang Chorus

Dan karma kan mengambil tempat
Menjemput kau buatku
Ku harapkan kau kembali
Hey hey biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Aku bukan boneka
Kini kau tahu
Lewat hariku
Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Akulah aku
Kini kau tahu
Lewat hariku



 


Arissa gembira tengok tarian naga dan singa








Terlompat-lompat si Arissa bila jiran kami buat makan-makan naik rumah baru
sempena Chinese New Year
Ada tarian naga dan singa serta bunga api

Tapi dia sorang-sorang je la terlompat-lompat
si  adik dah tidur dah
Demam....kesian si Zara Damia
Tak pe dik, lain kali kita tengok ye

Sunday, January 29, 2012

Keputusan liga super 28 januari

LIGA SUPER 2012 : KELANTAN PAMER BISA

Shahrul Idlan Talaha membuka tirai jaringan pada minit ke 48″ manakala Kapten Pasukan Badhri Radzi menambah Gol kedua pada minit 71″.
Danny Antwi cemerlang menjaringkan Gol ketiga Kelantan pada minit ke 77″ memberikan keceriaan kepada lebih 18 Ribu penyokong setia The Red Warriors.
Keputusan Penuh Liga Super 2012 Selepas 5 Perlawanan
keputusan liga super 2012
Kedudukan Liga Super 2012 Selepas Tamat 5 Perlawanan
kedudukan liga super 2012

Hadis pendek : Berilah Pertolongan Kepada Orang Yang Susah

Berilah Pertolongan Kepada Orang Yang Susah

Hadith : 
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan”
 
Hadith Riwayat Muslim 
 

 
Huraian

1. Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan samaada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.
2. Hikmah bersedekah ialah untuk mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan didalam Islam.
3. Bagi golongan yang kaya yang mempunyai harta kekayaan yang banyak digalakkan bersedekah dengan memberi bantuan makanan kepada golongan yang amat memerlukan,
bantuan basikal untuk kanak–kanak kesekolah atau apa-apa sumbangan yang diperlukan bagi meraka yang amat memerlukan.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, January 27, 2012

Hadis pendek : Keutamaan korban

Keutamaan korban

Hadith : 

Maksud Hadith;
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, berkorbanlah dengan senang hati”.
 
(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah) 


Huraian


1. Korban adalah salah satu ibadat yang paling disukai Allah S.W.T. yang dilakukan oleh hambanya semata-mata kerana Allah, dan mengharapkan keredhaanNya.
2. Binatang-binatang korban akan datang pada hari kiamat nanti kepada orang yang melakukannya dengan keadaan seperti asalnya.
3. Darah korban itu terlebih dahulu jatuh ketempat yang disediakan oleh Allah S.W.T. sebelum ianya jatuh ke tanah. Darah yang menitis jatuh menjadi keampunan bagi dosa yang telah lalu.
4. Islam menggalakkan umatnya agar berkorban dengan binatang yang disayangi dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Hadis pendek : Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat


Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat

Hadith : 

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”
 
(Muslim)

 

Huraian
Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.
 

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jadual dan keputusan Liga Super 27&28 Januari

JADUAL LIGA SUPER MALAYSIA 27 & 28 JANUARI 2012 | Salam satu malaysia semua.perlawanan liga super malaysia kini kembali menghangatkan anda selepas 5 hari berehat di mana jadual perlawanan pada 27 januari liga super malaysia hanya mepertandingkan 1 perlawanan sahaja iaitu SABAH vs PKNS dan 28 januari ini pula akan dipertandingkan 6 perlawanan dan melibatkan 12 pasukan kesemuanya.keputusan penuh setiap perlawanan akan saya updatekan terus dari blog ini dan saya harap anda semua sudahpun BOOMARK url blog ini untuk memudahkan anda mengetauhi setiap keputusan nanti.dibawah ini merupakan jadual penuh liga super malaysia 27 dan 28 januari 2012.

Thursday, January 26, 2012

Hadis pendek : Anjuran Berpuasa Pada Hari Arafah

Anjuran Berpuasa Pada Hari Arafah

Hadith : 

Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
 
(Muslim)  
 


Huraian

10 Zulhijjah bakal menggamit lagi menandakan ketibaan Eidil Adha bersama dengan laungan tahmid memuji Allah di atas segala nikmat kurniaannya termasuk nikmat berhari raya. Kemeriahan Eidil Adha akan lebih terasa apabila umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji di Mekah sama-sama menunaikan puasa sunat hari Arafah. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang. Ini bermakna Islam sentiasa mengawal setiap tindak tanduk umatnya di mana setiap amalan yang dikerjakan dan bertepatan dengan kehendak syarak akan diganjari pahala termasuklah juga perkara makan dan minum.
  

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Naruto 571 : Terbaik


Hari ni dah out dah siri 571 Naruto
Tengah best layan ni
Naruto in bijuu mode.......nice

JOM

Hadis pendek : Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah

Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah 

Hadith : 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
 
Riwayat Ibn an-Najjar 
  


Huraian

Pengajaran Hadis:
i) Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.
ii) Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan. Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.
iii) Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wednesday, January 25, 2012

Hadis pendek : Jalan Ke Syurga

Jalan Ke Syurga

Hadith : 

Daripada Abu Abdillah Jabir bin Abdullah al-Ansari r.a bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada rasulullah SAW: “Apakah pendapat tuan sekiranya saya melakukan solat-solat fardu (lima waktu), berpuasa di bulan Ramadhan, menghalalkan apa yang halal, mengharamkan apa yang haram dan tidak menambahkan sesuatu pun padanya, adakah aku akan masuk ke dalam syurga.”
 
(Muslim)

 

Huraian

Jalan ke syurga adalah jelas dan mudah kerana Allah telah menentukan baginya batasan-batasan dan amalan-amalan yang menyampaikan seseorang itu kepadanya. Apa yang penting adalah iltizam seseorang itu dengan segala apa yang difardukan serta meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan kerana Allah SWT sesungguhnya tidak meletakkan beban dan kesusahan yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Ini sejajar dengan firman Allah SWT yang maksudnya:” Allah menghendaki yang mudah dan tidak menghendaki yang sukar bagi kamu.” (al-Baqarah: 185) Seharusnya jika kita mengharapkan kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat maka kita hendaklah menjadi ‘tamak’ untuk menempati kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT dengan tidak meninggalkan amalan sunat dan tidak juga mendekati perkara yang makruh. Demikian juga kita tidak seharusnya membeza-bezakan antara amalan yang dituntut sama ada yang wajib mahupun yang sunat sebagaimana juga kita tidak akan membeza-bezakan perkara yang jelas dicegah iaitu haram dengan perkara yang tidak digalakkan seperti makruh. 

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Anwar dan 337 (b) dan 337 (c)


Apa itu 377 (B), 377 (C) :



Seksyen 377 (B) mengatakan bahawa sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.

Seksyen 377 (C) merujuk kepada persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

WAJAR KE UNDANG² NI DIPINDA??

kalau gantikan dengan undang² Islam sangat wajar rasanya
tapi kalau dimansuhkan terus rasanya AMAT TIDAK WAJAR
sebab nanti adalah pula gejala homoseks berleluasa kat Malaysia ni
susah pula

Fikir²kan...undang² tu perlu cuma kepentingannya disalahgunakan saja
yang penting
jaga tatasusila dan sahsiah diri 

Di mana menghilang kawan² Blogger?

WINGS - Misteri Mimpi Syakila

WINGS - Misteri Mimpi Syakila chords, lyric and MP3 free download

CHORD CADANGAN (Key chord:Dm)

EADGBE
A : X02220
A#(Bb) : X13331
C : X32010
Dm : XX0321
F : X33211
G : 320003
Gm : 355333

Dm F C Dm
Dm F C G

Dm F C Dm
Dimanakah menghilang diriku sendiri
Dm F C G A
Hanyut dalam bayangan sebuah misteri
A# F
Halus tiada wajah
A# A
Mengelilingi aku
A# C Dm
Dengan susana yang terharu

Dm F C Dm
Lukisan impianku gambaran di mana
Dm F C G A
Cuaca yang begini apakah mahunya
A# F
Aku adalah aku
A# A
Nyanyi lagu yang rindu
A# C Dm
Lemah langkahku mengejarmu

C A#
Bila pun engkau menjelma
Gm
Di sini aku berdiri
A
Ku menanti

C A#
Walau hilang ceritamu
Gm
Di hati tetap abadi
A
Sentuhanmu

A# A
Mana Syakila
A# A
Siapa Syakila
Gm A# A
Aku pun tak tahu


outro

Dm F C Dm
Dm F C G

Dm
Syakila oooo....
LAYAN jugak ni.......Manalah menghilang kawan² lama ni
Tengah bercuti lagi kot
Selamat bercutilah kalau tengah bercuti
Saya dah kerja..... kerja, kerja, kerja
Bulan depan kita cuti pula....hehehe....balik kampung

Ribut magnet landa Malaysia

Ribut Magnet atau lebih dikenali sebagai Geomagnetic Storm bakal melanda bumi pada bila-bila masa (sejak entry ini dipublish) Ribut magnet yang akan melanda bumi ni dijangka paling teruk sejak 6 tahun ini. End Of World? Tak tak, ribut magnet walaupun bunyi menakutkan, tapi kesannya takdelah sebegitu besar jika berlaku dalam skala kecil

Tapi dijangka, yang akan melanda bumi ni berskala 2 hingga 3 ( 1 hingga 5, 5 paling teruk)


Macam mana terjadi?


Pada ahad lepas, (22 Januari 2012) letupan kuat telah berlaku di matahari dan ia membebaskan zarah solar yang berkuasa sungguh besar dan laju – lebih kurang 5juta km per jam (2000 km per saat) yang mana ia adalah 5 kali lebih laju dari yang biasa dan zarah solar ini akan melanda bumi pada hari selasa hingga rabu ini. Ya, hari ini!

Apabila ia melanda bumi, ia akan mengganggu medan magnet bumi. Jika ia cukup besar, ia memang akan memberi banyak masalah kepada kita


Apakah kesannya?



Sistem radio berfrekuensi tinggi memang akan terjejas dengan ribut magnet ni. Kapal terbang terutamanya akan mengalami masalah dalam sistem navigasi. Bagi negara yang mempunyai sistem grid elektrik yang panjang-panjang (sejauh lebih 1km, china terutamanya) sistem ini akan terjejas dan kemungkinan akan menyebabkan kerosakan jika ribut magnet ini terlalu kuat

Sebagai contoh, pada tahun 1921 beratus-ratus transformer dan sistem grid musnah dan menyebabkan lebih 130 juta manusia terpaksa tinggal dalam gelap. Jumlah kerugian mencecah billion us dolar. Memang teruk jika tiada langkah pencegahan


Meminimumkan kesan

Untuk mengelakkan kerugian, ada banyak benda boleh dibuat. Contohnya menutup terus sistem grid ini untuk mengelah induce current berlaku. Mungkin tempat yang dilanda ribut magnet ini akan bergelap untuk seketika. Ia perlu dari bergelap sehingga berbulan-bulan kan?


Kat Malaysia?

Sebab kita menggunakan sistem grid yang pendek, mungkin kesannya tidak dapat dirasa. Tapi jika ribut magnet ini terlampau kuat, tiba-tiba takde api bagai, jangan panik sebab ia hanyalah sementara. Jangan duk komplen kat TNB pulak ye depa tak buat kerja

http://joegrimjow.blogspot.com