nuffnang

Followers

Sunday, July 31, 2011

Kenapalah blog ni???

Aduh...sedihnya rasa blog jadi macam ni.....apesal pulak ni.
Post dah beberapa jam tapi tak keluar pun kat bloslist follower ni?? Delay 5, 6 jam kemudian......ish, sedihnya...


Geramnya, tak tahu mana silapnya. Silap aku ke? silap blogspot ke?? Nak kata buat schedule pun tak juga. Just buat macam biasa je. Automatic je......Ish gerammmmm...........


Kalau ada siapa-siapa yang cukup pandai dan nak tolong,sudi-sudikanlah berikan 2 3 patah kata membantu saya yang tak berapa handal ni. Hehehehe


Tolong-tolong ye.... :)

Saturday, July 30, 2011

Perjumpaan Kembar Iran

WOW....tak terkata dan terkedu aku melihat kecantikan dan kecomelan kembar² ni.
Subhanallah, Hebatnya ciptaan DIA. Sempurna.




yang ni macamYusri pun ada


Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan utk blogger

Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-
Malam
Kelebihannya
1Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
2Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
3
Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
4Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
6Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama
memohonkan ampun baginya
7Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
8Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
13Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
14Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
17Di beri pahala seperti pahala para Nabi
18Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20Di beri pahala para syuhada dan salihen
21Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
23Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan
25Di hapuskan dari seksaan kubur.
26Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun
27Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga
29Diberi pahala seribu haji yang mabrur
30Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak semua.

Thursday, July 28, 2011

Pokok Nam-nam - Cynometra Cauliflora

Pokok Nam-nam ialah sejenis pokok tropika yang berbuah dipangkal pokok dan ketinggian kira-kira diantara 2.5 hingga 3 meter. Asal usul Nam-nam tidak diketahui tetapi ia menghampiri sebutan Enam dalam Bahasa Melayu.

Sekarang pokok ini sukar didapati dan hanya ditanam di kampung² kerana potensi buahnya yang agak kurang untuk pengkomersilan kerana rasanya yang agak masam dan bentuk buahnya seakan² katak puru.
Biasanya di Kelantan orang memanggil buahnya sebagai buah katak puru kerana bentuk buahnya seakan katak puru.

Walaupun sangat mudah ditanam dan memerlukan pencahayaan sederhana sahaja, ianya tidaklah menjadi tumbuhan pilihan untuk ditanam.

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !


Wow.....asyik join segmen ben je nih...seronok lah.....lambat le, baru balik makan nih

Seksi??....selesa ke??

MMM.......Sebagai seorang lelaki, taklah saya tahu sangat pasal keselesaan pada wanita bila berpakaian seksi ni. Tapi yang pasti bila dah seksi ni lelaki sukalah kan?? Suka tengok dan memberi lelaki kenikmatan mata agaknya. Kalau tak suka tengok rasanya lelaki tu kuat benar imannya.....bagi lelaki biasa² rasanya seronok sangatlah kan, dapat tayangan percuma.


Bagi saya kalau seksi dengan suami tu tak apa sangatlah tapi dengan selain suami rasanya tak elok benar². Nanti ada yang ambil kesempatan untuk menagih lebih dari keseksian itu. Dalam Islam pastinya keseksian itu sangat² salah dan ditegah. Agama lain pun sama agaknya???


Sambung cerita semalam pasal seksi ni, rasanya artis tak patut memberi gambaran yang kurang sopan kepada masyarakat tentang perihal mereka kerana mereka adalah public figure. So berhati²lah sikit. Hormat sensitiviti masyarakat ni. Tak elok kan?? Nak cari publisiti murahan ke?? Tak patut.


Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi .......Sempena bulan Ramadhan yang mendatang, kurangkan keseksian anda dan keseksaan anda.


SELESAKAH BERPAKAIAN SEKSI??? cubalah beri pendapat anda!!
(Semalam gambar sekadar hiasan ye)

Bunga Chamomile


Bunga Chamomile memang ternyata sudah dikenali sejak zaman Mesir kuno, yang digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan. Kemudian disusuli oleh bangsa Eropah 1600 tahun kemudian menggunakannya untuk penyembuhan penyakit insomnia atau sukar tidur.

Suatu penyelidikan diterbitkan oleh ACS Journal of Agricultural and Food Chemistry di Jepun dan England membuktikan bahawa chamomile mampu menjauhkan kita dari penyakit diabetes (seperti kehilangan penglihatan, kerosakan saraf, dan kerosakan ginjal) menurut Atsushi Kato dan kawan-kawan. Disebabkan "Kandungan bunga chamomile dapat meneutralkan kadar gula dalam tubuh badan sehingga menghindar dari penyakit diabetes," ujar Atsushi.

Kandungan yang ada dalam bunga Chamomile diantaranya : Amico acid trytopthan, alpha-bisalcohol, chamozulene, polyines, flavonoid, dan glycine.

Dari kandungan zat tersebut, ada pelbagai macam kesan yang boleh didapati :


Merehatkan OtotDari segi kesihatan, salah satu tumbuhan tertua di dunia ini sangat berguna untuk merehatkan otot dan membantu menurunkan stress dan ketegangan. Dengan semakin sedikit stress yang dialami maka risiko terkena jantung pun akan semakin kecil.

Detoksifikasi TubuhChamomile juga memiliki manfaat detoksifikasi tubuh dengan cara membantu ginjal membersihkan produk buangan dalam badan. Untuk hasil yang maksima, kita perlu minum teh Chamomile yang kini banyak dijual di pasaran

Mengatasi Insomnia
Bila kita mengalami penyakit sukar tidur atau insomnia, ia dapat diatasi dengan aroma chamomile yang menenangkan. Caranya adalah membakar barangan aromaterapi chamomile sewaktumenjelang tidur. 

Menyembuhkan kekejangan saat menstrual
Chamomile dapat menghilangkan kejang  perut di saat menstrual. Perempuan yang meminum teh chamomile juga menghasilkan zat yang disebut glycine yang dapat meredakan kekejangan ini.

Khasiat lainnya ialah untuk bagian luar tubuh, dapat menghaluskan kulit, menyembuhkan kulit terbakar, kulit terkena iritasi atau terluka. Banyak sekali manfaat yang didapati dari bunga Chamomile sehingga digunakan sebagai bahan untuk teh, aromaterapi, dan losyen

Wednesday, July 27, 2011

Opsss.....seksi you


Kalau betul pun seksi, tak payahla nak tayang² kan??
Tak salah rasanya kalau menegur sedikit, bukan nak menghina atau mencari aib seseorang itu tapi kalau boleh cubalah ikut sikit adab orang timur ni.
Kalau tak takut Tuhan pun, takutlah gosip² yang melanda tu.
Tapi kalau tak nak dengar juga, tak apalah.....bukan mencari gaduh atau apa...sekadar memberi sepatah 2 kata.

Kastuba - Euphorbia pulcherrima

Kastuba (Euphorbia pulcherrima) atau poinsettia adalah tanaman subtropika yang berasal dari Mexico selatan dan Amerika Tengah. Poinsettia diberi nama menurut duta besar pertama Amerika Syarikat untuk Mexico, yang memperkenalkan tanaman hias ini ke AS di tahun 1825.

Daun bagian atas yang berwarna merah sesuai dengan warna-warni hiasan Natal. Di negara beriklim sejuk, kastuba digunakan sebagai tanaman hiasan pengganti bunga yang sukar didapati di musim dingin/sejuk.
Dalam mitos Amerika Selatan, kastuba merupakan tokoh utama dalam mitos penciptaan yang dipercaya Suku Maya sebagai makhluk perkasa dari dunia lain. Dalam bahasa Náhuatl, tanaman ini disebut cuitlaxochitl (bunga kotoran), kerana benih tumbuh di atas kotoran/najis burung yang memakan biji kastuba. Dalam bahasa Sepanyol, tanaman ini disebut disebut flor de pascua (bunga Paskah), flor de nochebuena (bunga malam Natal), atau arbolito de navidad (tanaman Natal).

Tanaman laman ini sangat cantik dan menarik kerana warnanya yang menyerlah dan sentiasa tumbuh sepanjang tahun dan mampu bertahan lama.

Bila anak dara jadi betul² anak dara

zara damia

puteri ke2 posing maut

Wah dah besar rupanya anak daraku ni sekarang. Dah banyak celotehnya sampaikan dah tak larat nak melayannya lagi dah. Walaupun baru berumur setahun setengah tapi dah banyak perkara yang dilakukan seperti anak dara.

Lepas mandi dan pakai baju, nak pakai minyak wangi. Baju nak cantik je, mata kalau boleh nak pakai cermin mata ala-ala barbie. Baju pun sama nak ala-ala pinky-pinky gitu macam anak dara remaja. Hehehee......dah besar panjang rupanya, teringin pula nak dapat baby baru tapi terpaksa disekat kemahuan kerana isteri tak boleh pregnant lagi buat sementara kerana sebab-sebab kesihatan.

Kakaknya nak posing juga tapi si kecil ni tak mahu sebab nak posing maut sorang-sorang je ni. Hehehe....Tak apalah...lain kali ye.

Tuesday, July 26, 2011

BUNGA TASBIH - CANNA INDICA LINN


Asalnya bunga tasbih dari daerah tropika Amerika dengan sebutan bunga canna, namun sering digelar sebagai tulip Asia. Sedangkan di IMalaysia ia digelar bunga tasbih kerana bijinya yang keras dan boleh dibuat tasbih. Apapun namanya, bunga ini memang memikat dan mampu menghiasi halaman rumah anda.

Khasiat pada tanaman bunga tasbih ini antara lain pada :


RIZOM : rasanya manis sifatnya sejuk. Berkhasiat menyejukkan, meredakan demam (antiseptic), melawaskan kencing (diuterik), penenang (tranquiliter), menurunkan tekanan darah (hipertensif), keputihan, dan radang hati akut disertai kuning. Kesan Farmakologi dari hasil penelitian pada percubaan ke atas binatang menunjukkan rizom tasbih berkhasiat : melindungi sel hati dari kerosakan, meningkatkan aliran hempedu dan meningkatkan pembuangan bilirubin, merehatkan  otot saluran pencernaan, hipotensi, tidak beracun.


BUNGA : sifatnya menghentikan pendarahan, berkhasiat untuk batuk berdarah dan haid yang terlalu banyak.

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU


Santai Bersama BEN ASHAARI


Pokok Bunga Tanjung - mimusops elengi




Pokok Bunga Tanjung (mimusops elengi) dari famili Sapotaceae berasal dari kepulauan Indo-Cina dan Semenanjung Tanah Melayu.
Pokok yang boleh mencapai ketinggian sekitar 3 meter ini mempunyai ciri yang amat digemari oleh pereka lanskap dan peminat lanskap iaitu bunganya yang berbau wangi serta buahnya yang menarik burung dan haiwan lain untuk datang. Bahagian yang digunakan ialah kulit batang, daun dan bunga


Kegunaan:
  1. Merawat ruam bernanah
    • Beberapa kuntum bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar Jintan Hitam. air rebusan diembun semalaman. Air ditapis dan dimandikan pesakit dengan air tersebut.
  2. Merawat sakit gigi dan boleh menghilangkan nafas berbau.
    • Kulit batang pokok direbus bersama air dan dibuat kumur selama empat hari
  3. Merawat luka.
    • Air rebusan kulit batang pokok digunakan untuk mencuci luka.
  4. Merawat ozena atau rinitis
    • Jus daun bunga tanjung dijadikan ubat titis hidung dua kali sehari dan dilakukan sehingga sembuh.
  5. Mewangikan rambut.
    • Biasanya bunga tanjung direndam ke dalam minyak kelapa dan dilumur ke rambut.
  6. Pucuk daunnya boleh dibuat ulam bagi mengecutkan rahim dan mengetatkan peranakan wanita

Monday, July 25, 2011

Bunga raya - Hibiscus rosasinensis

Kat Malaysia ni siapa tak kenal bunga raya?? Teruk sangatlah tu. Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosasinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga Cempaka dan Bunga Tanjung. Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai Bunga Kebangsaan.

Bunga ini ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, keras, tetapi tidak berbau.

Pelbagai kultivar, varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan warna bunga pelbagai dari putih kepada kuning dan kuning bata dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

Santai Bersama BEN ASHAARI
Silalah komen sedikt sebanyak untuk memperbaiki keupayaan dan keadaan blog saya ini.
Segala teguran anda adalah baik utnuk saya. Hehehee

Pokok Bunga Mawar - rosa

Tak lengkap mengungkap kata cinta tanpa hadirnya bunga mawar di tangan. Siapa tak kenal bunga mawar ini?? Tak lengkap ucapan I LOVE U tanpanya bunga ini, Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.

Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga parennial, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga baru bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu.bunga mawar mempunyai bau harum,biasanya mawar kampung (damask rose)mempunyai bau yang paling kuat.Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.

Penyumbang baka kelopak bunga besar. R.gigantea merupakan spesis mawar asli utara india, utara myanmar,dan selatan china.berkelopak 5,berwarna putih ,kuning atau krim.bersesuaian dengan namanya gigan bermaksud gergasi. mawar ini merupakan spesis mawar terbesar didunia.tanpa baka dari spesis ini bunga mawar yang kita kenali cuma bunga yang kecil.


Tak lengkap rasanya sebuah rumah tanpa kehadiran bunga mawar di kawasan lamannya kerana ia menggambarkan kecintaan pemilik taman terhadap keindahan alam dan kesetiaan kepada alam itu sendiri.


mawar atau rose

mawar putih

mawar kuning

SOGO sale





Seronoknya sekali-sekala membawa anak² pergi shopping ni. Puasa pun belum tapi diambil kesempatan untuk shopping baju RAYA dah ni. SOGO ada sale,katanya sebab sekarang memang waktu musim mega sale.
Mak aii.....Mahalnya baju² sekarang kan?? Ada brand sikit dah mencecah 80-100 dah. Kalau ada discount pun separuh harga 40-50 jugak sehelai. Kalau 2 pasang sorang dengan kasut....Hehehe. KOPAK pakcik.

Hampir 3jam beli-belah pakaian anak² sahaja. Habislah jugak 300+ ni. Yang tak seronoknya sebab 2 2nya tak duduk diam, nak shopping pun susah. Orang sikit punya ramai walaupun dah turun betul² waktu pagi. Sampai pun sogo belum buka lagi tu. 9.45am dah sampai dah, lagipun minggu depan dah ada member sale pulak, lagilah ramai. Tak suka, tak suka.
Kata orang bila nak dekat raya lagi murah baju² ni. Tapi biasalah, orang pun berjuta² juga kat situ membeli kecuali pada malam raya.....hehehe.

Selamat berpuasa dan berhari raya.

Saturday, July 23, 2011

Bunga kemboja - frangipani atau plumeria

Bunga kemboja (bahasa Inggeris: frangipani atau plumeria) selalu dikaitkan dengan kawasan perkuburan di Malaysia. Oleh yang demikian pokok bunga kemboja jarang ditanam di halaman-halaman rumah. Saiz pokok ini besar. Warna bunga putih kekuning-kuningan dan saiznya kira-kira 8 cm.


SEBAHAGIAN besar masyarakat lebih mengenal kemboja sebagai tanaman peneduh di tempat istirehat terakhir iaitu pemakaman. Itu sebab itu, tanaman ini berkesan menyeramkan dan menakutkan sehingga sangat jarang orang menanamnya sebagai tanaman perkarangan atau tanaman hiasan. Seram dan menakutkankah tanaman ini? Tentu semua itu hanya tahyul saja. Bila diamati lebih dekat haruman dan bentuk bunga kemboja sangat menggoda.



Namun demikian, di beberapa daerah di Indonesia, orang sudah banyak memanfaatkan kemboja untuk pelbagai keperluan. Di Bali misalnya, bunga ini mempunyai erti tersendiri. Bunga kemboja diperlukan dalam upacara keagamaan. Selain itu, para penari pria umumnya menyelipkan bunga ini di atas telinganya. Tanpa bunga kemboja, keindahan tarian Legong Kraton rasanya tidaklah lengkap.
Lain halnya pula dengan orang-orang di Hawaii AS. Mereka membentuk bunga kemboja sebagai kalung untuk menyambut para tamu. Begitu juga dengan para puteri zaman dahulu di negeri Gajah Putih atau Thailand, mereka menggunakannya sebagai pewangi selepas mandi. Air sulingan dari bunga yag wangi itu pun, katanya, menggoda dan merangsang kesegaran kulit.


Tanaman yang nama botaninya Plumeria sp.dan tergolong ke dalam keluarga Apocynaceae banyak tumbuh di daerah tropika. Di Thailand disebut Champa khawm (Champa artinya Cambodia), ada lagi yang menamakan cempaka kuburan, bunga kuburan, samoja, samboja atau kemboja.


Asal tanaman ini pun belum pasti. Menurut Rumpf dalam bukunya yang ditulis antara tahun 1681-1692 menyebutkan, tanaman ini berasal dari nama sebuah negara asalnya iaitu Kemboja. Namun, pada tahun 1966, Burkill, menyebutkan tanaman ini berasal dari Mexico, yang dibawa oleh orang-orang Sepanyol ke Filipina. Lalu, ada pula yang menyebutkan, tanaman ini berasal dari dataran Cina yang dibawa ke pulau Ternate. Yang jelas, tanaman ini banyak tumbuh dan membiak di daerah tropika.



Manfaat tanaman kemboja

Menurut Dymock (1885), kulit pohon kemboja mempunyai manfaat sebagai ubat penyembuh sakit perut, cirit-birit dan mampu menurunkan suhu badan.
Menurut hasil analisis Greshoff (1895), kulit pohon kemboja mengandung agoniadin, plumerida, kristallin glukisida yang tidak ditemukan pada getahnya. Racunnya mengandungi konsentrasi rendah.

Friday, July 22, 2011

Pokok Kenanga - Cananga odorata

Pokok Kenanga merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Cananga odorata (Lam.) Hk. f. et Th.
Bunga Kenanga merupakan bunga tradisional yang amat digemari di Malaysia pada suatu masa dahulu kerana baunya yang harum semerbak. Bunganya sering dipetik dan disimpan dalam lipatan kain bagi mengharumkan baju, dan rumah. Baunya lebih kuat pada waktu senja, kemungkinannya disebabkan faktor bagi menarik serangga pendebungaan yang aktif pada waktu tersebut.

Pokok Kenanga merupakan sejenis pokok saka hutan malar hijau yang besar. Bagaimanapun pokok kenanga kawin mampu berbunga walaupun mencapai ketinggian kurang dari 2 meter. Pokok kenanga kawin biasanya kurang kuat keharumannya berbanding pokok kenanga tradisional asal.

Biasanya ia ditanam di laman kampung yang lebih luas kerana saiznya yang agak besar. Suka sangat baunya yang sangat² harum jika letak dalam bilik tidur.....semerbak dan membangkitkan rasa ketenangan.

Kat Malaysia ni siapalah tak suka makan nasi lemak kan?? Mesti pelik kalau orang tu tak suka. Boleh dikatakan nasi lemak ni dah menjadi suatu kebiasaan bagi masyarakat berbilang kaum kat Malaysia ni. Tak kira masa, nasi lemak, nasi lemak dan nasi lemak......

Makan pagi nasi lemak biasa.....makan tengahari nasi lemak ayam dara....makan malam nasi lemak panas². Itulah kebenaran rakyat Malaysia ni kan......Sedap nasi lemak ni sebenarnya. Itulah sebabnya ia menjadi pilihan semua orang.

Pagi ni nak kongsi sikit, makan pagi nasi lemak puyuh.....Superb, sambal manis² pedas...Sukalah...
Marilah menjamu selera ye......

Thursday, July 21, 2011

bunga telang - Clitoria ternatea

Kembang atau bunga telang (Clitoria ternatea) adalah tumbuhan memanjat yang biasa ditemui di perkarangan rumah atau tepi hutan. Tumbuhan ini berasal dari Asia tropika, namun sekarang telah tersebar ke seluruh daerah tropika.

Sejak dulu tumbuhan ini ditanam di perkarangan rumah sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang berwarna biru terang. Bunganya di berbagai tempat Asia Tenggara dimanfaatkan sebagai pewarna makanan atau kuih. Di Malaysia, ekstrak mahkota bunganya dipakai untuk mewarnai Nasi kerabu. Di Thailand, minuman penyegar berwarna biru dari ekstraknya dinamakan nam dok anchan (น้ำดอกอัญขัญ). Terdapat baka dengan mahkota bunga berwarna putih.



Bunga telang digunakan untuk mendapatkan warna biru dalam masakan. Ia akan dikeringkan di bawah sinaran matahari dan disimpan. Apabila ingin digunakan di dalam masakan, ia akan direndam di dalam air dan diperah untuk mengeluarkan warna biru. Biasanya ia akan digunakan di dalam ‘Nyonya dumpling’ (Chang), Kuih Kochi, Pulut Tekan, dan ‘Taibak’(pencuci mulut Nyonya yang dibuat daripada tepung beras) serta apa-apa masakan yang memerlukan warna biru. Warnanya ini adalah asli dan tidak dicampuri bahan pengawet atau kimia.

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER




Santai Bersama BEN ASHAARI
Jom join....hehehe selamat berkenalan semua ye...hehehe
Meh la sini selalu, banyak update pasal bunga² ye.....Kalau suka follow²....kalau tak pun follow² jugak. Komen sikit nescaya saya singgah kembali untuk anda.
Selamat berkawan ye!!!

Sarapan Nasi Kerabu xtra BUDU


Terbaikkk......Nasi kerabu xtra BUDU......sedapnyer dah lama tak pekena nih.
Meh la jemput sama makan ye, nasi guna pewarna asli bunga telang. HEHEHE....Daging bakar macam kureng sikitlah. Macam daging import terlebih bakar.

Apapun dah cukup untuk jadi pengalas perut sarapan ni....HEHEHE...Kalau kat kampung senang, banyak ulam² boleh taruk. Serai kayu, daun kesom, pucuk ketereh dan lain². Lagi banyak ulam dan budu lagi sedap.
Selamat menjamu selera.

Wednesday, July 20, 2011

bunga kembang emas - Stephanotis floribunda

Kembang emas atau Nama Ilmiah. Stephanotis floribunda (R. Br.) Brongn. ... Daun dan bunga kembang emas mengandung saponin dan polifenol, di samping itu bunganya mempunyai banyak khasiat dalam perubatan.


Kata orang, bunganya boleh dicampur dalam makanan ayam dan menghasilkan ayam berisi kuning dan menarik. Terdapat banyak lagi khasiatnya seperti menjadi ubat untuk selsema dan sebagainya.


Sekali imbas rupanya seakan-akan bunga tahi ayam tetapi bunganya sangat menarik dan besar berbanding bunga tahi ayam dan baunya tidak busuk.
Sangat menarik untuk dijadikan sebagai hiasan laman kerana bunganya terang dan mampu tahan lama. Ia juga mudah hidup menerusi biji benih dari bunga yang matang. Barangkali jika wujud variasi bunga yang lain warnanya, ia akan menjadi bunga yang digemari dikalangan peminat taman.

Bunga cina - Gardenia augusta

Bunga cina atau nama saintifiknya Gardenia augusta, Merr dari famili Rubiaceae banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan atau sebagai pagar kerana daunnya yang rimbun dan mempunyai banyak cabang. Bunganya yang berwarna putih berbentuk seperti bunga mawar dan berbau harum. warna putih akan berubah menjadi kekuningan selepas bunga mekar sepenuhnya.Tumbuhan ini boleh tumbuh ditempat sejuk atau panas dan ia merupakan tumbuhan yang senang dijaga.Tempat yang paling sesuai untuk pertumbuhannya adalah ditempat yang beriklim agak sejuk seperti dikawasan pergunungan dengan ketinggian lebih kurang 400 meter dari paras laut. Pokok ini boleh mencapai ketinggian 1 - 2 meter.Ia membiak melalui keratan batang dan semaiannya boleh dilakukan dengan memilih ranting yang agak tua, buang semua daunnya dan tanamkan di dalam polybag berisi pasir. pastikan air mencukupi semasa pertumbuhan akarnya.Pokok ini mempunyai potensi untuk di komersialkan sebagai minyak wangi kerana bau bunganya yang harum

Kegunaan:

ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit seperti Kencing manis (diabetes mellitus), sariawan, demam dan sembelit. carnya untuk kencing manis 12 helai daun bunga cina direbus dengan 2 gelas air hingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Untuk sariawan pula 7 helai daunnya diramas dengan secawan air,tapis dan campurkan air itu dengan 2 sudu makan madu dan seketul gula batu.minum 2 kali sehari. Manakala untuk demam pula, ramas 7 helai daunnya dengan secawan air, tapi , capur dengan gula batu dan minum 2 kali sehari.Untuk sembelit pula ambil 3 biji buahnya, rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih dan tinggal satu gelas, minum airnya.



The Women's Summit 2011



Marilah meramai²kan majlis ye:


Objektif:
  • Untuk mengupas dan menyelongkar isu² dan perkara berkaitan wanita di tempat kerja dan dalam perniagaan
  • Untuk membina dan menghasilkan agenda bagi mengoptimumkan kebolehan dan kepakaran wanita dalam pembangunan negara
  • Sebagai penunjuk arah untuk polisi wanita
Anjuran Kementerian Wanita, Keluarga dan Komunikasi. Lokasi dan Waktu seperti dalam gambar.

Tuesday, July 19, 2011

BEN ASHAARI ,AKU PILIH 3 BLOG INI KERANA

Santai Bersama BEN ASHAARI

  1. http://ubibadok.blogspot.com/2011/07/ben-ashaari-ajak-pilih-blog.html
  2. http://www.my-shopping2u.com/2011/07/ben-ashaari-ajak-pilih-blog.html
  3. http://viniyamey.blogspot.com/2011/07/ben-ashaari-ajak-pilih-blog.html
3 blog terpilih kerana selalu menyelinap masuk ke dalam blog saya dan memberikan komen² mustajab untuk membina dan menghiasi keindahan blog.

Bukan senang nak mencari rakan yang baik walaupun dalam blogging ni kan? Rasanya mereka² ini sentiasa memberikan sepatah 2 kata kalau terbitnya entri saya kat blog. Tapi yang lain² juga tidak pernah dilupakan.........selamat berblog semua ye....singgah² sini selalu, nescaya saya akan singgah kembali sebagai rakan blogger anda. Senyum² selalu ye....Muah²...hehehe

Bukan senang nak jadi FEMES macam ben, tapi sekadar femes di hati sendiri dulu dah kira ok dah....Aim high, nescaya kita mampu jadi seotai ben satu hari nanti.

Bunga, Bunga, Bunga

bunga untuk dijual









Inilah sebabnya saya suka sangat ke Cameron Highland, banyak bunga² kat sini dan semuanya cantik². Tak puas mata memandang. Kalau nak ambil gambar rasanya tak larat nak berposing dah kiranya. Terlalu banyak bunga di sini.....Jadi ambil sahaja yang mana sempat. Hehehehe.....

Kalau berminat dengan bunga², saya syorkan anda datang ke sini. Terdapat pelbagai bunga dan juga pelbagai saiz bunga² di Cameron Highland ini termasuk yang bunga beriklim sederhana. Mungkin kerana faktor cuaca yang agak sejuk di sini .....Tengahari pun dalam 20 darjah Celcius sahaja. Itu yang seronok tu.

Marilah sama join percutian ni ye....