nuffnang

Followers

Thursday, June 30, 2011

Lagi Boss belanja

Ehem.....
Hari ni bertuah lagi boss belanja tapi yang sama macam minggu lepas jugak. Ingat ke belanja Kenny Rogers ke Nando's ke.....hehehe....

Tapi Alhamdulillah lah....dapat makan aiskrim ni pun dah cukup hilangkan mengantuk petang yang dingin membeku dalam aircond pejabat ni. Kalau tak, confirm menyembah bumi mengantuk tahap 10 petala langit...hehehe

Hari ni dua perisa, satu cukup manis.....satu lagi superb masam......
Adui...tak ready dah amik gmbr


Wrightia religiosa - jeliti



Wrightia religiosa - jeliti

Ia adalah salah satu tumbuhan yang paling indah, menarik dan berguna di kalangan wangian tropika. Ia sangat wangi, renek menawan, bunga yang putih bersih. Dedaunnya adalah nipis dan sedikit berbulu, ia boleh berbunga hampir sepanjang tahun, mudah dipotong untuk dibentuk dan disaiz. Ia ditanam secara meluas berhampiran dan di sekitar kuil-kuil dan rumah-rumah untuk aroma yang menakjubkan itu. Ia amat suka tanah dan penyaliran dan juga kepada matahari separa penuh. Sepohon pokok yang benar-benar luar biasa!

Ia sering menjadi pokok hiasan popular di kuil-kuil dan rumah-rumah. Di Malaysia, ia mungkin adalah tumbuhan yang paling popular tetapi agak kurang kerana nilainya yang agak mahal. Tumbuhan ini adalah suci di kalangan Buddists. Buah-buahnya pula berpasangan buah, 9 " inci panjang. Wrightia mudah untuk dijaga bagi mengekalkan rupanya dan hanya memerlukan penyeliaan minimum tetapi memerlukan air yang berterusan sahaja. Wrightia sejuk sensitif dan menjadi luruh di bawah 65F, ia mungkin kelihatan hodoh pada musim sejuk di zon sejuk



Wednesday, June 29, 2011

Alamanda Kuning - Allamanda cathartica

Penggemar alamanda percaya bahawa tanaman yang berbunga kuning ini dapat dipakai sebagai penolak bala jika ditanam di halaman rumah dan getahnya pula dapat digunakan untuk meyembuhkan penyakit disetri.
Alamanda yang tumbuh menjalar setinggi 3 hingga 6 m diperkenalkan oleh Allamond iaitu seorang doktor dari Negeri Belanda sekitar seabad yang lalu. Pokok ini mempunyai batang yang bergetah putih, bunganya berbentuk tandan dan setiap tandan terdiri daripada 8 hingga 10 kuntum bunga. Alamanda ditanam terutama sebagai penghias pagar. Spesies Allamanda nerrifolia berbunga kuning cerah, Allamanda purpureceae berbunga kuning keunguan dan Allamanda cathartica berbunga kuning. Ketiga-tiga spesies ini termasuk dalam famili Apocynaceae.
cantik dan berseri

Pokok ini juga sesuai untuk dijadikan hiasan laman kerana saiz yang agak kecil dan senang dijaga.


Thailand Travel Advisory – 29th June 2011

Thailand Travel Advisory – 29th June 2011

National parliamentary elections will take place in Thailand on Sunday 3rd July 2011

Election-related demonstrations are planned, particularly in Bangkok, and may become more frequent over the next few days. Depending on polling results demonstrations may continue post election.   

The political situation in Thailand is unpredictable. Over recent years there have been instances of civil and political unrest resulting in large-scale demonstrations. Staff travelling to Thailand should exercise caution and avoid demonstrations or large gatherings.    

Group Security will continue to closely monitor the situation in the country and provide further updates and advice as necessary.


David Stanfield
Regional Head of Security, APR

Hati² kalau nak ke Thailand ye......Jangan la buat demonstrasi jalanan......
Siapa untung???...

vallaris glabra - Kesidang

Pokok kesidang atau dikenali juga dengan nama pokok bunga kerak nasi di bahagian utara semenanjung Malaysia atau bunga tikam seladang di pantai Timur merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae. Ia juga dikenali dengan nama bread flower di Negara-negara barat. Tumbuhan yang dipercayai berasal dari kepulauan jawa ini merupakan sejenis tumbuhan memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu dan keras serta mudah lentur. Sifat batangnya yang mengemabang pada bahagian hujungnya menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai tanaman untuk menghias junjung atau pergola di taman. Walaupun ia juga boleh sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan daun  kesidang mempunyai getah yang berwarna putih.

Pokok kesidang atau nama botaninya vallaris glabra ini ditanam kerana bunganya. Bunganya yang berwarna putih mempunyai saiznya kecil dan menerbitkan bau wangi yang seakan-akan bau daun pandan. Ia juga dipanggil bunga kerak nasi bukan hanya kerana warnanya yang putih dan bentuk jambak bunganya yang seakan-akan kerak nasi, tetapi kerana baunya juga. Baunya jika diamati seolah-olah menyerupai bau nasi. Satu kajian dilakukan oleh sebuah Universiti di Chieng Mai Thailand untuk menngenalpasti bau nasi yang terdapat pada bunga kesidang.  Bunga yang kecil ini tersusun membentuk jambak bunga. Baunya yang harum semerbak ini menyebabkan ia juga digunakan seagai ramuan untuk membuat bunga rampai setelah dicampur dengan baha-bahan lain seperti daun pandan dan bunga-bunga wangi yang lain. Masyarakat melayu tradisional juga menjadikan bunga kesidang sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita. Ia juga dijadikan hiasan alat-alat istiadat seperti tepak sirih. Bunga kesidang melambangkan tanda hormat bagi masyarakat melayu. Ia juga melambangkan kesopanan dan sikap lemah lemut orang melayu. Kerana itu juga Ia telah dijadikan bunga rasmi bagi Negeri Melaka yang terkenal dengan ketinggian adat istiadat dan budaya.

Tambahan pula dengan kehadiran bunga kesidang yang wangi ini taman anda akan sentiasa meriah dengan kunjungan rama-rama dan burung kelicap yang menggemari bunga ini.

Pembiakan pokok kesidang
Kebanyakan tumbuhan jenis memanjat selalunya dibiakkan dengan kaedah tut walaupun sesetengahnya juga mudah tumbuh melalui keratan batang dan percambahan biji benih. Pokok kesidang juga boleh dibiakkan dengan kaedah tut dan keratan batang.Satu kaedah lagi yang digunakan ialah dengan melenturkan batang pokok ini hingga menyentuh tanah. Batang ini kemudiannya ditindih dengan menggunakan benda berat, contohnya batu-bata dan dibiarkan hingga akarnya tumbuh.Setelah akar tumbuh, bahagian yang telah  bercambah ini boleh dipotong dan ditanam ditempat lain. Kaedah ini di namakan ‘layering’ dan merupakan kaedah paling mudah untuk membiakkan tumbuhan memanjat.

Penjagaan
Pokok kesidang tergolong dalam kategori tumbuhan yang mudah dijaga dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi.Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk menghasilkan pengeluaran bunga yang optimum. Walaupun begitu , ia tidak boleh terlalu terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu terik sehingga daunnya menjadi kemerah-merahan. Ia Paling sesuai ditanam ditempat yang mendapat lebih kurang 50% cahaya matahari.
Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram dua kali sehari pada hari-hari yang panas terik.Ia memerlukan medium yang memberikan saliran yang baik.

Berikan baja bunga dua minggu sekali untuk memastikan ia mendapat segala keperluan untuk bunganya. Pangkas bahagian yang berbunga setelah bunganya layu untuk memastikan tunas baru yang mampu menerbitkan bunga baru tumbuh. Berikan sokongan kepadanya dalam bentuk para atau pergola untuk mengangga batangnya jika anda mengambil keputusan menjadikannya pokok memanjat. Jika tidak pastikan pemangkasan sentiasa dilakukan supaya ia dapat menjadi pokok kecil yang rendang dan rimbun.

Tuesday, June 28, 2011

Pokok Bunga Teluki - Dianthus caryophyllus

Pokok bunga teluki dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "Carnation", mempunyai nama sains Dianthus caryophyllus. Pokok bunga teluki adalah sejenis bunga iklim sederhana yang berasal dari kawasan Mediteranean.

Penanaman bunga teluki tertumpu di kawasan dataran tinggi seperti di Cameron Highland. Di Cameron Highland iklimnya menyerupai iklim hawa sederhana (suhu maksimum sekitar 21 °C) dan pokok bunga teluki boleh ditanam sepanjang tahun.
Oleh kerana pokok bunga teluki mempunyai bunga yang berwarna-warni dan terang, pokok bunga teluki menjadi kegemaran ramai. Pokok bunga teluki tergolong dalam famili Caryophllaceae. Terdapat dua jenis pokok bunga teluki iaitu jenis satu bunga bagi setiap tangkai dan jenis `spray', banyak bunga bagi setiap tangkai.
Pokok Bunga Teluki boleh hidup selama 18-20 bulan. Pokok bunga bunga teluki boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter. Pokok bunga teluki tumbuh menegak menjadikan pokok bunga teluki perlu diikat kepada penyokong. Garis pusat batang pokok bunga teluki boleh mencapai sehingga 1 cm. dan biasanya membengkak pada buku/ruas.


frames


Menarik untuk seni hiasan laman tetapi perlukan kedinginan suhu la pulak. KL??...Tak sesuai.

Malasnya BILA??

Aduhai.....Terasa malas yang amat sangat hari ni akibat kerosakan yang dialami oleh motosikal kesayangan ketika nak pergi kerja. Kali ni timing beltnya putus kerana kerosakan pada disc kat dalamnya. Adui...penat menunggu dari pagi hingga pukul 10.30 am barulah siap.


Maklumlah, foreman yang baiki pun tak berapa arif nak membaikinya. Jarang² dapat baiki motor ni. Apapun pukul 11 baru sampai ofis dan memulakan kerja dan terpaksa skip lunch.....hehehe...

Inilah motor ke 3 yang pernah saya ada, pertama EX5, kedua CERIA dan ke3 ELEGAN......
Yang 2 lagi tu, 1 kena rembat dan 1 lagi jadi tukun tiruan......hehehe.....

Pokok Akar Dani - Quisqualis indica

Pokok Akar Dani memiliki rumpun-rumpun bunga merah yang menarik. Ia boleh didapati di belukar atau hutan sekunder India dan Malaysia, serta juga di banyak kawasan yang lain di dunia, baik sebagai pokok hiasan yang ditanam mahupun sebagai pokok liar. Nama botaninya Quisqualis indica


Pokok Akar Dani ialah pokok menjalar berlignin yang boleh mencapai antara 2.5 meter hingga 8 meter tingginya. Daunnya berbentuk elips, dengan hujungnya akuminat dan pangkalnya bulat. Daun tersebut yang panjangnya 7-15 sentimeter tumbuh dalam susunan bertentangan. Bunganya wangi dan berbentuk tiub, dengan warnanya berbeza-beza dari putih ke merah muda hingga merah. Buahnya 30-35 milimeter panjangnya, dan rasanya seakan-akan buah badam apabila matang. Ia berbentuk elips dan memiliki lima sayap yang ketara. Buah pokok ini disebarkan melalui air. Pokok ini juga dikenali sebagai pokok "Drunken Sailor"


Cantik sekali pokok ni kalau buat pagar kerana ianya menjalar mengikut bentuk dan sentiasa berbunga lebat dan berwarna-warni. Teramat cantik.....



bunga yang cantik harum diwaktu malam

memanjat dan meneduhkan

Mudah hidup dan sesuai dengan iklim KL cuma memerlukan keratan batang yang sesuai, ia mudah tumbuh.

Monday, June 27, 2011

Lagi boss belanja

Untung dapat boss yang baik hati. Bukan selalu dapat makanan paling sedap kat dalam dunia ni....(makanan free)....Hari ini tiada ribut, tiada hujan....boss belanja makan aiskrim. Terima kasih daun keladi, kalau boleh belanjalah hari².

Petang² yang mengantukkan ini terus terasa segar menikmati aiskrim percuma ni. Kita posing skit....

Crunch Nestle


Awek kat belakang tu senyum je.....Nak ke???....
Kejap la...nanti semua dapat...Selamat menjamu selera

tapeinochilus ananassae

Siapa tahu apa ni...Sekadar untuk pengetahuan bersama adalah sejenis pokok bunga yang berbunga ala-ala buah nanas. Perkataan ananassae juga bermaksud menyerupai seakan-akan buah nanas.




cantik.......

sesuai untuk hiasan taman


Pembiakan:
1. Belahan rumpun - belah rumpun kepada saiz yang kecil dan tanam seperti pokok lengkuas.
2. Biji benih - biji benih dari bunga matang yang telah gugur

Laman yang memiliki landskap hijua dan menarik pastinya memberi ketenangan kepada pemilik dan mampu memberi kepuasan tersendiri.Teringin nak memiliki taman sendiri, insyaallah tak lama lagi. Rumah di KL ni, tanahnya sekangkang kera saja lagipun teramat mahal. Insyaallah.....

terung pipit - ubat darah tinggi

Sedap juga kalau dapat makan terung pipit ni. Kalau di Kelantan, terung ni buat ulam cicah budu je, celur dan cicah budu. SEDAP......

Kadangkala orang masak campur dengan ikan bilis, masak sambal pun boleh.....boleh kata masak apa pun boleh. Sebenarnya pokok ni banyak tumbuh meliar di kawasan kampung dan berbuah lebat.

Akan tetapi banyak tak tahu khasiatnya sebagai ubat darah tinggi. Cuba amalkan selalu memakannya...Insyaallah darah tinggi akan hilang.


terung pipit

Ayuh la cuba.......selamat turunkan darah tinggi anda.
Selamat sihat.....Sesuai ke untuk tanaman laman ni?

Sunday, June 26, 2011

hydrangea macrophylla


Indah sekali rupanya dan bunganya mampu bertahan lama menjadi kegemaran dalam seni hiasan laman. Terdapat warna merah jambu, biru dan juga ungu, warna bunga bergantung kepada keadaan tanah dan pengaruh kandungan aluminium dalam tanah.

Bunga yang berasal dari Jepun ini sangat diminati sekarang dan mudah ditanam menggunakan keratan batang.

rojak buah

Seronok juga sekali-sekala merasa rojak buah ni. Rojaknya beli kat kedai tapi buah potong sendiri, lebih fresh.....kacang pun goreng sendiri, lagi sedap......

Buah campur, nenas dan mangga.....sedap, nampak gayanya tak makan tengahari la ni.......dah kenyang makan rojak buah dengan air tembikai. Marilah sini nak merasa rojak.....

arissa yang gemarkan rojak

meh la makan

Mari belajar bahasa Jerman 2

Dulu 2 tahun saya belajar bahasa Jerman ni. Sangat intensive, sekurang-kurangnya 4 jam sehari tapi itu kira-kira 15 tahun yang lalu.......dah lama tapi taklah lupa....
Mari kita teruskan pelajaran kita....


ich - saya
du - awak
sie -dia
wir - kita/kami


Sonntag - Ahad
Montag - Isnin
Dienstag - Selasa
Mittwoch - Rabu
Donnerstag - Khamis
Freitag - Jumaat
Samstag - Sabtu 


Ich liebe dich - i love you

Saturday, June 25, 2011

Kompleks sukan laut antarabangsa Labuan

Seronoklah masa ke sini hari tu, bukan apa tempatnya menarik dan menyenangkan hati. Tak perlu bayar dan ada banyak hidupan marin yang cantik-cantik. Bukan selalu dapat kembara ke negeri orang ni.....

Labuan menarik dengan barangannya, walaupun agak kecil tetapi makanan kat sini agak murah terutama makanan lautnya. Itulah yang paling saya suka...begitu juga dengan isteri saya yang sangat meminati makanan laut. 

pose skit

zara teruja tengok belut laut


Entah bila boleh kembali bercuti di sini .....masa yang terluang terlalu singkat, jadi tak sempatlah menjelajah ke seluruh pelusuk Labuan. Labuan...insyaallah kami akan kembali........


Cuti-cuti Malaysia

Mari belajar bahasa Jerman

Münchener Freiheit - Du bist Energie für mich


Es gibt so viele Dinge die ich an dir mag
Kein Bild kann schöner sein als du
Und ich bekomme einen Traum von dir zurück
Ich glaube diesmal hab ich Glück
Und wenn ich manchmal Nachts vor Angst nicht schlafen kann
Und nicht mehr weiss wie's weitergeht
Selbst wenn ich alles aus den Händen gleiten seh'
Ist Jemand da der mich versteht
Du bist Energie für mich
Ich kann gar nicht leben ohne dich
Wenn du mich berührst bin ich ein Held
Wie aus einer andern Welt
Wie viele Mal hab ich geglaubt ich bin allein
Doch du warst immer für mich da
Wie viele Mal hab ich Hoffnung schon verlor'n
Jetzt fühl ich mich wie neu gebor'n
Du bist Energie für mich
Ich kann gar nicht leben ohne dich
Wenn du mich berührst bin ich ein Held
Wie aus einer andern Welt
TERJEMAHAN
Terdapat banyak perkara yang saya suka tentang anda
Tiada imej yang lebih cantik dari anda 
Dan saya mendapat balik impian anda 
Saya rasa kali ini saya bernasib baik

Dan kadang-kadang apabila saya tidur pada waktu malam dengan rasa takut 
Dan tidak lagi tahu bagaimana ia pergi 
Walaupun saya melihat apa-apa slip dari tangan
Adakah seseorang yang memahami saya 

Anda tenaga untuk saya 
Saya tidak boleh hidup tanpa anda 
Jika anda menyentuh saya Saya seorang wira 
Seperti dari dunia lain

Berapa kali saya fikir saya sahaja 
Tetapi anda selalu ada untuk saya 
Berapa kali saya telah berharap menghilang
Sekarang saya rasa seperti baru dilahirkan

Anda tenaga untuk saya 
Saya tidak boleh hidup tanpa anda 
Jika anda menyentuh saya Saya seorang wira 
Seperti dari dunia lain


Selamat belajar.......

Makan tengah malam

Dah terlalu malam ni tapi akibat perut yang teramat sangat lapar, terpaksalah juga diisikan dengan sederhananya. Inilah memu makan tengah malam kali ini. Jemput la makan sama ye.....

nasi kukus ayam dara panas

zara terliur 

jagung madu rebus

lapar sangat dah ni.....

Bukan selalu makan tengah-tengah malam ni......siapa nak join marilah......
Nasi dengan budu tak ada malam ni. Menu beli siap sahaja. Makan tengah malam ni tak boleh diamalkan selalu, nanti badan cepat naik sehingga tak turun-turun berat badan tu........

Sekali-sekala sahaja......selamat menjamu selera.

Friday, June 24, 2011

BILA SI ISTERI BERBLOG.. SI SUAMI dan ANAK ?



Santai Bersama BEN ASHAARI

Apalah nasib si suami ni.....Kalau terlebih masa berblog saja, entah makan dan minum siapa nak jaga. Silap² makan nasi bungkus macam orang bujang saja. Anak² pun tak terjaga. Kalau ada pembantu rumah oklah juga, kalau tiada....porak peranda.

Kalau macam ben tak apalah.....wang hasil blogging tu ...alhamdulillah bolehlah membantu keamanan. Itu yang susah, lelaki/suami blogging masih kira ok lagi......isteri blogging, susah la sikit. Maklumlah peranan isteri dalam mengurus rumahtangga ni sangat besar dan penting. Bukan nak mengata tapi menyata....rasanya tak perlu kot isteri jadi BLOGGER ni....

Bukan menidakkan kemampuan blogger² wanita tetapi peranan yang dimainkan dalam keluarga sangat besar. Tapi jika betul berkemampuan membahagi masa, tak salah....
HAPPY BLOGGING isteri².....

BILA SI SUAMI BERBLOG.. SI ISTERI ?



Santai Bersama BEN ASHAARI

http://www.benashaari.com/2011/06/segmen-khas-bila-si-suami-berblog-si.html

Alahai......tak terkata dan tak terkira bebelan yang diterima, tapi haruslah faham bukan sepenuh masa dan suka² tetapi untuk kepentingan masa depan dan mengisi masa lapang agaknya.

Masa dengan anak² paling utama, kalau anak² perlukan sesuatu terpaksa jua ditinggalkan laptop dan blog sementara. Bukan nak membangga tapi itulah jua hakikatnya. Keluarga perlu diutama.

Isteri pun dah faham, cuma luangkan waktu bersama lebih sedikit untuknya. Kalau ada duit lebih, bawa pergi shopping. HEHEHE...lari budget tu.
Yang penting HAPPY BLOGGING

Selipar bahan kimia

Alamak...bahaya ni..murah tapi merbahaya, fikir²kanlah. Nak murah tapi nyawa tergadai. Bahaya²
Bukan nak mengutuk atau mengata tapi kalau sampai begini....kenalah difikir² juga. AWAS pembeli² semua, belilah barangan buatan MALAYSIA. Sedikit mahal tak apalah ye.

Sekali lihat macam ni rasa terus tak nak beli produk sebegini. Hilang rasa percaya dan mulai ragu² tentang bahan² kimia yang terdapat dalam barangan buatan luar. Contohnya mee segera taiwan...Ish.....




This is very true as I heard it in news from one of our localradios here that our govt has to be extra careful on these cheap imports from china.. These includes clothes, food, toys, slippers and even glasses because the Chinese are using some strong but cheap chemical in their manufacturing process. Cheap is becoming expensive and at the same time fatal.

Thursday, June 23, 2011

Getah ikat rambut dari kondom terpakai??

Aduhai, gelinya tak terkata. JIJIK dan mengotorkan



kondom terpakai....wekkk...


Tengok elok² nanti ye.....awas
BEIJING (AFP) - Used condoms are being recycled into hair bands in southern China threatening to spread sexually-transmittable diseases they were originally meant to prevent, state media reported Tuesday

In the latest example of potentially harmful Chinese-made products, rubber hair bands have been found in local markets and beauty salons in Dongguan and Guangzhou cities in southern Guangdong province, China Daily newspaper said.

'These cheap and colorful rubber bands and hair ties sell well ....... threatening the health of local people,' it said.. Despite being recycled, the hair bands could still contain bacteria and viruses, it said.

'People could be infected with (genital) warts or other diseases if they hold the rubber bands or strings in their mouths while waving their hair into plaits or buns,' the paper quoted a local dermatologist who gave only his surname, Dong, as saying. A bag of ten of the recycled bands sells for just Rs.5, much cheaper than others on the market, accounting for their popularity, the paper said.

A government official was quoted as saying recycling condoms was illegal. China 's manufacturing industry has been repeatedly tarnished this year by a string of scandals involving shoddy or dangerous goods made for both domestic and foreign markets.

In response, it launched a public relations blitz this summer aimed at playing up efforts to strengthen monitoring systems.

Check your kids hair bands and make sure they do not put them in their mouth while trying to plait or tie their hair
.

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG


Santai Bersama BEN ASHAARI
http://www.benashaari.com/2011/06/segmen-teringin-nak-hack-blog-orang.html


Kalau jahat gile......kasi hack pastu tutup je blog dia........hehehe
Ada berani ke??.....mintak dijauhkan

Tak baik hack² ni kan.....cuma teringin tapi tak reti nak buat......Hack dan kasi tutup blog yang korang tak suka, amboiii...sedap je bunyinya...
meh la kita join² ....tak taulah apa yang nak dibuat ni....up to ben nak hack blog sape ye.....HAAA...semua blog kita hack dan kasi tutup. Kena buat baru semua.....adil²

Naruto??....Terlalu anak²kah

MMMM.....bila sebut pasal naruto ni, biasanya kanak²lah yang sangat menyukai siri animasi kartun tersebut. Tapi dalam dunia moden sekarang ni, orang dewasa rasanya lebih meminati siri animasi ini. Termasuk sayalah tu.....

Tak perlu rasa malu kerana setiap orang memiliki minat masing² yang berbeza, tapi tidaklah terlalu keterlaluan. Sekadar memenuhi masa lapang untuk membaca komik bersiri naruto di manga, itu sahaja. Tapi ada juga yang terlebih sehingga membeli barangan khas ataupun edisi khas superhero kesayangan mereka. Jika mampu tak salah.....

Seronok juga luangkan masa membaca komik² ni....selalunya saya singgah di http://www.endless-naruto.com/manga/



Bukan apa...sekarang dah 544 dah.......jauh perjalanan dah tu, rasanya dah mencapai kemuncaknya dah kot.
Meh la join saya baca²....komen²

KL Marathon 2011

Ready......Set ...Go....
Hahahaha, sempat lagi  berposing pagi sebelum memulakan kerja² seperti biasa. KL marathon backpack yang boleh diambil mulai semalam di Stadium Bukit Jalil.

Tahun ni ambil bahagian 10KM run, rasa macam semput je ni...boleh ke habis ni?? Kalau masa muda² dulu kira kacang je 10km tu. Umur dah meningkat ni, tak tahulah macam mana. Minggu lepas dah jogging sikit² la tapi rasanya baru 2 ke 3 km saja. Itupun dah cukup² penat......
Pose sikit,

backpack

pose dulu sebelum kerja

Nanti sama² ramaikan KL Marathon 2011 ye. Jangan tertidur pula ye.

Wednesday, June 22, 2011

AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU

Santai Bersama BEN ASHAARI


http://www.benashaari.com/2011/06/segmen-aku-promosi-kau-promosi-aku.html

Join²

Lawak² sedikit 'lucah'

Semalam adalah terbaca dalam satu blog pasal artikel lawak ni. Sangat lawak tetapi sedikt lucah.....
Tak apalah...kongsi sedikit ye.

Ish...ish...ish, bahaya kot! Tolongla jangan memandai terjemahkan bahasa IT ke dalam B.M, tambah-tambah lagi untuk budak-budak sekolah. Boleh jadi lain maksudnya. 

Lihat contoh di bawah:

1. Hardware : Barang Keras
2. Software : Barang Lembut
3. Joystick : Batang Gembira
4. Plug and Play : Sumbat dan Main
5. Port : Lubang
6. Server : Pelayan
7. Client : Pelanggan

Okey, sekarang cuba terjemahkan ayat di bawah ini ke dalam B.M :

The server provides a plug and play service for the clients using either hardware and software joystick. Just plug the joystick into the server port and enjoy it.

Hasilnya :
Pelayan itu menyediakan layanan sumbat dan main untuk pelanggannya dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Cukup dengan menyumbatkan batang gembira itu ke lubang pelayan dan nikmatilah ia.

Hehe...tak ke haru? 18 sxxxx betol !! 
penghargaan:
http://jengkagurl.blogspot.com/2011/06/lol.html

Tuesday, June 21, 2011

Angan² - Jinjang pelamin

Angan-Angan

Aduh.....jangan asyik berangan je blogger²...Yang mana belum tu cepat² lah kawin ye.....
Terutama kawan² kat ofis ni....Cepat² dan jangan lupa jemput ke majlis perkahwinan ye. Insyaallah kalau tiada aral melintang...akan sampailah.
 
Artist: Raja Ema
 
Angan-angan
Bila mencari pasangan
Yang bakal jadi pilihan
Si hartawan
Angan-angan
Jejaka pilihan hati
Punyai personaliti
Segak tinggi

Cari-cari
Tunggu-tunggu
Masih belum bertemu
Hari-hari
Yang berlalu
Meningkat usiamu
Pilih pasangan
Memang tak mudah
Asyik berangan
Tak jadi nyata

Angan-angan
Biarlah berbatasan
Jangan sampai penantian
Berpanjangan
Angan-angan
Hanya indah dikhayalan
Yang harus engkau hadapi
Kenyataan
 
Kepada yang dah kawin tu....Tak payahlah berangan² nak pasang lagi. Mampu ke??.....Kalau mampu pakai motor buat cara pakai motor, 1 sahaja penumpangnya. Kalau ada kereta, 1 penumpang lebih selesa, jangan muat lebih.....kurang selesanya.
 
Kalau macam abg SY tak apalah.....poket umpama ada Boeng 747, muat 4 penumpang pun selesa.
Fikir²kan ye. Yang dah terlajak umur tu....cepat² ye. RUGI

Happy BLOGGING

Dalam hidup yang kita tempuhi sekarang, banyak cabaran dan dugaan yang mendatang. Masalah pun kadangkala datang bertimpa². Bukan menyalahkan Ilahi tapi sebagai hambaNya kita perlu sabar dan tabah menghadapi rintangan ini dan berdoa agar sentiasa mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.

Hidup perlu sentiasa bahagia tapi tak semua yang mampu mengecapi kebahagiaan ni. Maklumlah dunia sekarang ni perlu bermacam² perkara untuk merasai kebahagiaan. Duit, harta dan kemewahan sentiasa dikejar dan dicari dan kadangkala kebahagiaan akhirat pula ditinggalkan. Dalam Islam dituntut kesederhanaan. Susah ni....mesti terlebih di sana-sini....dan biasanya lebih kepada DUNIA.


Bukan senang nak jadi senang...Itulah yang selalu dikatakan orang tapi sebenarnya itulah juga hakikatnya. Bila dah senang jangan lupa kepada yang susah. HAPPYkan mereka juga. Orang yang susah biasanya merasa tertekan dan sedih dengan kesengsaraan yang dihadapi. Mungkin bila susah manusia akan lebih ingat kepada Maha Pencipta dan lebih dekat kepadaNya.


Oleh itu sama² kita HAPPY bersama dan membawa kawan² ke arah HAPPY di dunia dan akhirat.




Anda TANYA, saya JAWAB

Bermula 21 Jun yang cerah dan indah di Lembah Klang ini, seperti biasa dengan rutin² harian di tempat kerjaku yang mana kerja² tak pernah habis dan tak pernah kurang. Sentiasa ada kerja² baru yang masuk dan keluar menyaksikan kepala lama² naik pening. Walaupun dah lama bekerja, namun masih banyak yang harus dipelajari lagi.

Ada blogger² yang ingin bertanyakah??.....saya sudi menjawab soalan² berkaitan perbankkan. Nak juga menambah ilmu dalam bidang ini, al maklumlah.....pengalaman masih cetek lagi. Kalau soalan yang diajukan sukar, mungkin perlu membelek² buku untuk mencari jawapannya. Tak mengapa, menambah ilmu.

Boleh ajukan apa juga soalan dan cuba dijawab dengan sebaik mungkin.
Sudi²kan ye.

Monday, June 20, 2011

Serang²....godam²

Dah tak ada kerja lain nak buat kot.....Menyusahkan dan menggodam laman web orang lain. Kita tahu dia orang ni genius kerana mampu menggodam web orang lain akan tetapi ke'genius'san yang dimiliki disalahgunakan.

Apa salahnya kalau bantu saya membina empayar blog yang terhebat kat Malaysia ni.....HEHEHE..bukan apa, letak je satu pop up window bila buka blog je terbuka blog saya. Kan hebat namanya tu.....Boleh buat promosi sikit.


Katanya nak godam PMO.gov.my kita tengoklah nanti macam mana....Jangan digodam blog² kecil ni sudah la. Kesian kita orang ni.

Selamat berjaya kepada anti penggodam negara, selamat menyelamatkan laman web dari terus digoda dan digodam.

Perlukah anugerah dalam kerja?

Dalam alam pekerjaan selama 7 tahun ni, rasanya dah banyak anugerah yang saya dapat. Bukan nak membangga diri tapi itulah hasil berkat usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan dalam kerjaya. Bukan sekadar mencari rezeki tapi kerja perlulah dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan tangggungjawab.

Kalau dulu banyak juga award² yang ditawarkan, tapi semenjak ekonomi meleset ni....kuranglah sedikit. Namun masih ada lagi award yang anugerahkan kepada penerima² yang sepatutnya. Bukan apa, sekadar memberi penghargaan.

Tapi jangan pula terlepas pandang pada pekerja² lain, maklumlah ada yang bekerja bersungguh² tapi tak dapat award pun ada. Nanti perkara kecil seperti ini akan menjadi pekerja demotivated.....
Ni lagi award untuk kali ni......Ada sapa² nak calonkan saya???



Dapat RM1000.00 best juga, boleh shopping.....hehehe

Sekadar memberi pendapat, ANUGERAH SEKADAR PENGHARGAAN, jangan lupa hargai pekerja yang lain yang berjasa.

Sunday, June 19, 2011

Hadiah oh hadiah

Zara pose dgn magnetic fridge Maldives

Alhamdulillah.....Seronok juga bila ada kawan-kawan yang ingatkan kita bila bercuti di luar negara. Itulah bukan meminta-minta tapi kalau ada yang sudi memberi pasti yang menerima akan rasa bertuah. Untungkan?

Nilah hadiah dari kawan, walaupun tak seberapa tapi tetap menjadi kenangan. Syukur, dapatlah menambahkan lagi koleksi fridge magnet saya. Kalau nak ke Maldives sendiri, rasanya tak berkesempatanlah kot. Kebetulan kawan ke sana kerana bekerja, jadi dia belikan magnet fridge ini. Cantik dan berbeza sikit dari yang ada di Malaysia ni.....Cantik

Ni juga gambar wang maldives
5 Rufiyya

Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak.