nuffnang

Followers

Sunday, May 27, 2012

KEMALANGAN DI HARI BELIA NEGARA DI PUTRAJAYA, SEMUANYA SALAH PENONTON. YE KE?

Seorang pegawai kementerian belia dan sukan hari ini berkata tiada individu yang meninggal dunia dalam insiden melibatkan acara perlumbaan ketika karnival Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya semalam.

Pembantu kanan jabatan pembangunan sukan kementerian itu, Saipuddin Zakaria berkata, insiden itu bagaimanapun menyebabkan empat lelaki berusia antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke dalam wad.

Seorang daripadanya patah tulang paha, dua lagi mengalami pendarahan dalaman manakala seorang lagi patah tangan dan kaki, katanya ketika dihubungi.

Empat lelaki tersebut, yang dihantar ke Hospital Putrajaya malam tadi, mengalami kecederaan apabila seorang pelumba hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandunya dan melanggar satu pengadang keselamatan.

Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah.
Selain itu seramai 13 orang lagi yang turut terlibat dalam kemalangan itu menerima rawatan pesakit luar, katanya.

"Yang terjadi ni, kemalangan biasa yang mana pemandu kereta drag ini mungkin dia cuai sikit jadi dia terlanggar kita punya pengadang kemudian dia panjat ke pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi. "Penonton ini walau dah diarahkan turun dari pembahagi jalan, mereka ini degil juga, duduk di atas pembahagi jalan.

"Jadi bila berlaku macam itu, kereta dah naik ke pembahagi jalan, langgarlah penonton," katanya.

Friday, May 25, 2012

Hanya 22,270 Orang Datang Ke Perhimpunan Bersih 3.0. Bukannya 250,000++ Seperti Dicanang Oleh Anwar Ibrahim!!

Bersih 3.0 Anwar Ibrahim  Hanya 22,270 Orang Datang Ke Perhimpunan Bersih 3.0. Bukannya 250,000++ Seperti Dicanang Oleh Anwar Ibrahim!!
Selepas hampir sebulan berlangsungnya Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012 yang lalu, akhirnya selepas bertungkus-lumus pihak Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) menggunakan apa ayang dinamakan sebagai sistem blok fotografi, mereka berjaya mendapatkan angka yang pihak Bernama dan kerajaan merasakan ia adalah angka yang lebih tepat berbanding angka yang telah dicanangkan oleh Ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalu ucapannya di seluruh dunia.
  • Anggaran Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim melalui laporan Bernama – Hanya 22,270 orang sahaja
  • Anggaran Datuk Seri Anwar Ibrahim  - 250,000 ++ orang

Sistem Bernama Mengira Jumlah Kehadiran Peserta Perhimpunan Bersih 3.0

  1. Berdasarkan gambar-gambar dari tujuh lokasi sekitar bandar raya ini oleh pihak Bernama yang menggunakan sistem memblok foto untuk memutuskan anggaran 22,000 peserta pada perhimpunan 28 April lalu.
  2. Gambar-gambar itu diambil dari pukul 11.53 pagi hingga 12.52 tengah hari pada 28 April oleh jurufoto-jurufoto Bernama  yang berada di dalam helikopter polis.
  3. Gambar-gambar peserta diambil sebelum mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka.
  4. Kemudian gambar-gambar itu diperbesar sebesar saiz skrin komputer, iaitu tujuh inci kali tujuh inci, sehingga bilangan orang boleh dikira
  5. Gambar-gambar itu diambil dari tujuh lokasi iaitu Jalan Tun Perak, simpang Jalan Tun Perak/Jalan Silang; simpang Jalan Sultan/Jalan Jebat; kawasan Pasar Seni; Jalan Pasar Besar; Jalan Kinabalu dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Perhimpunan Bersih 3.0 Bernama Hanya 22,270 Orang Datang Ke Perhimpunan Bersih 3.0. Bukannya 250,000++ Seperti Dicanang Oleh Anwar Ibrahim!!
(Sumber : Utusan Malaysia)
Ini pula antara laporan berita yang dikeluarkan oleh pihak BBC semasa berlangsung Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu berdasarkan semakan yang telah kami lakukan merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Rais Yatim yang mengatakan jumlah perkiraan Bernama hampir sama dengan laporan yang dikeluarkan oleh pihak BBC :
BBC Bersih 3.0 Rally Hanya 22,270 Orang Datang Ke Perhimpunan Bersih 3.0. Bukannya 250,000++ Seperti Dicanang Oleh Anwar Ibrahim!!
(Sumber : BBC World News)
Inilah dia, kaedah sistem blok fotografi yang digunapakai oleh pihak BERNAMA hasil dari gambar yang mereka ambil menerusi helikopter. Di bawah ini adalah adalah satu contoh blok fotografi yang dirakam di sekitar  Jalan Silang jam 11.53 pagi pada 28 April 2012 yang lalu.
Sistem Blok Fotografi Bernama Hanya 22,270 Orang Datang Ke Perhimpunan Bersih 3.0. Bukannya 250,000++ Seperti Dicanang Oleh Anwar Ibrahim!!
Mungkin selepas ini pihak Bernama boleh membuat perkiraan untuk Perhimpunan Raksasa Umno 66 tahun baru-baru ini (1 Mei 2012) pula yang didakwa dihadiri sekitar 100,000 orang, dan juga Perhimpunan Anjuran Pas pada 1 Jun 2012 kelak?

Jadual Hoki Piala SultanAzlan Shah 2012, Hari ini 25 May

Next matches - GMT +8

25-05-2012 16:05
 
New Zealand vs Argentina

25-05-2012 18:05
 
Great Britain vs Malaysia

25-05-2012 20:05
 
Korea vs India
 

Keputusan Hoki Sultan Azlan Shah 2012

Malaysia VS Korea Selatan, Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Kita bangkit ikat Korea Selatan

Pemain Malaysia, Muhamad Rahmadan Mohammad Rosli (tengah) cuba melepasi dua pertahanan Korea Selatan pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam tadi. - UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz
IPOH - Malaysia bangkit untuk mengikat Korea Selatan 1-1 dalam perlawanan pertama Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah Ke-21 di Stadium Azlan Shah, Ipoh, malam tadi.
Pemain remaja negara, Faisal Saari menafikan hasrat Korea Selatan untuk mencatat kemenangan apabila dia menjaringkan gol penyamaan ke-56, setelah pasukan lawan mendahului menerusi jaringan Seo Jong Ho pada minit kelapan.
Mengulas keputusan perlawanan, jurulatih Tai Beng Hai berkata, dia berpuas hati apabila anak buahnya bangkit setelah ketinggalan untuk mengikat Korea Selatan, pasukan yang mengalahkan Malaysia 2-3 pada Kelayakan Olimpik di Dublin, Mac lalu.
Katanya, lebih membanggakan pemain negara mengetepikan status ranking Korea Selatan yang lebih baik iaitu pada kedudukan keenam dunia, berbanding skuad negara pada ranking ke-13 dunia.
"Saya anggap ini persembahan luar biasa oleh pemain kerana berjaya bertahan terutama pada 10 minit terakhir perlawanan ketika mengasak serangan lawan yang cuba mencari gol kemenangan.
"Keputusan seri ini lebih daripada memadai jika mengambil kira kedudukan ranking yang begitu jauh di antara Malaysia dan Korea Selatan.
"Pujian juga harus diberikan buat pemain skuad remaja yang disenaraikan pada kejohanan kali ini kerana berjaya menggalas tugas diberikan," kata Beng Hai selepas perlawanan.
Mengenai pertembungan dengan Britain hari ini, Beng Hai berkata, tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai corak permainan terbaru pasukan itu.
"Untuk perlawanan esok (menentang Britain) kita akan beraksi seperti hari ini dengan mengetepikan status ranking pasukan lawan yang jauh lebih baik (ranking No. 4 dunia)," katanya.
Sementara itu, naib juara tahun lalu, Pakistan tidak menghadapi masalah untuk menumpaskan Argentina 4- 2 dalam perlawanan pembuka tirai kejohanan.

Thursday, May 24, 2012

PARADIGM MALL kini dibuka

 
Paradigm Mall opens up a world of exciting retail therapy experience. Indulge your senses with an array of local and international fashion brands, while indulging in a whole new culinary experience.

SUDAH DIBUKA SECARA RASMI
JOM SERBU









MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!

Kerugian MAS Airlines MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!
Selepas Malaysia Airlines terus mencatatkan kerugian untuk suku pertama tahun 2012 berdasarkan laporan berita di Buletin Utama, MAS akhirnya bertindak mahu menawarkan cuti sukarela, cuti tanpa gaji sehingga tempoh 2 tahun tanpa gaji bagi mengurangkan kos operasi MAS…..
Nah, sudah kelihatan sudah nampak natijahnya jika sesuatu entiti tidak diuruskan dengan baik. Kerugian demi kerugian terus direkod oleh Malaysia airline (MAS). Baru 2 bulan sahaja, sudah mencatatkan kerugian sejumlah RM171 juta.
MAS menawarkan pekerja-pekerjanya 2 tahun cuti tanpa gaji secara sukarela kerana berlaku penurunan pendapatan dan pengstrukturan semula bagi manjimatkan kos operasi organisasi. Kali terakhir, program VSS dilakukan MAS adalah pada 2005 di bawah Datuk Idris Jala.
Kakitangan MAS MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!

Prestasi kewangan MAS Suku Pertama 2012 (Suku Pertama 2012)

Mungkin MAS selepas ini boleh mula mempertimbangkan pesawat model 73-9 berbanding 73-8 yang masih dianggap “generasi lama”. Ini kerana model pesawat 73-9  yang dikira pesawat generasi baru lebih jimat minyak, lebih mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan lebih moden dan canggih. Mungkin MAS boleh dipertimbangkan…Mungkin?
Tapi bagaimana MAS mahu untung, jika kontrak pembekal makanan diberikan untuk yang sungguh panjang iaitu 25 tahun lamanya kepada  _______. Bagaimana kalangan mereka ini boleh dapat kontrak pembekal makanan kepada MAS dengan kontrak yang cukup istimewa ini? Ini tak lain tak bukan, semuanya kerana  _______  yang menjahanamkan MAS. Orang yang berkepentingan “kenyang”, akhirnya kakitangan MAS menerima “musibahnya”.
  • MAS perlu re-branding balik jenama dan servis mereka
  • Singkirkan unsur politik dan yang berlebihan dalam MAS
Mas Rugi RM171 Juta MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!

Laporan Berita The Star  Mengenai Tindakan MAS Menawarkan Cuti Sukarela Kepada Kakitangannya

The Star hanya mengambil contoh Singapore apabila SIA bertindak menawarkan cuti sukarela kepada kakitangannya. Di sini apa yang kami perhatikan apabila cuti tanpa gaji nak ikut singapore (mahu mencontohi Singapoer), tetapi bagaimana dengan perbandingan tahap gaji antara SIA VS MAS? Kakitangan SIA, mereka confirmed 13 bulan setahun. Boleh MAS mencontohinya?
SIA Airline Rugi MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!
Walaubagaimanapun, kami sempat membuat semakan berdasarkan laporan Yahoo Malaysia yang dipetik daripada Agensi menunjukkan memang benar apa yang dilaporkan oleh laporan The Star di mana Singapore Airline ada membuat menawarkan cuti tanpa gaji secara sukarela sekitar bulan MAC 2012 yang lalu. Tetapi…..
Ha….ada tetapinya, bezanya di sini :
Singapore Airline menawarkan cuti sukarela tanpa gaji kepada kakitangan Singapore Airline (SIA) disebabkan keuntungan yang diperolehi SIA telah mula menurun dek kerana mengambil kira faktor beberapa faktor termasuklah jumlah bilangan penumpang yang mula menampakkan kadar penurunan dan pemintaan kargo dari Eropah dan tidak lupa juga kenaikan kos bahan api.
Kenaikan kos bahan api memberikan kesan kepada Singapore? Semestinya…kerana Singapore tiada minyak, mereka (Singapore) terpaksa import minyak. Malaysia? Malaysia ada minyak, Malaysia negara pengeksport minyak. Itulah antara sebabnya Singapore mula mencatatkan pengurangan keuntungan sehingga memaksa mereka menawarkan cuti sukarela kepada kakitangannya.
SIA Airline  MAS Rugi Lagi RM171 Juta Pada Suku Pertama 2012. Kakitangan MAS, Cuti Sukarela Untuk Anda Semua!!
Sebelum ini kami pernah mengeluarkan laporan berita mengenai Proton bertajuk “Chedet : Kerajaan Perlu Bantu & Lindungi Proton Secara Berterusan!! Kos Menghasilkan Model Baru Telah Meningkat!” untuk tujuan menegur dengan harapan mahu melihat Proton yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh kerajaan selama ini untuk bangkit,  begitu juga saranan yang kami lontarkan sama kepada pihak MAS. Jangan libatkan dan benarkan orang politik yang berkepentingan mengacau perjalanan perniagaan dan operasi anda.
Berikan ruang dan peluang kepada golongan yang bermahiran dalama industri penerbangan menentukan apa yang terbaik kepada MAS selama ini. Jikalau kakitangan MAS dipelawa untuk “berkorban” dengan cara bercuti tanpa gaji secara sukarela di atas kerugian yang dialami oleh MAS selama ini, mengapa tidak kelompok atasan MAS juga mengambil tindakan secara sukarela mengurangkan gaji setiap seorang ? Adakah mahu “cuci tangan” dan meletakkan beban sepenuhnya kepada kelompok bawahan sahaja?